Siri Model Samsung Galaxy S20 – Ini Yang Wajib Tahu!

Tech, ZAP, ZeKool

Setiap tahun, pengusaha syarikat telefon ternama akan berlumba-lumba untuk mengeluarkan telefon pintar terbaharu keluaran mereka. Ada yang model dikatakan biasa biasa, ada juga yang membuat pelancaran gilang gemilang kerana smartphone yang dilancarkan tersebut adalah model mercu atau flagship.

Tak dinafikan juga, ada smartphone yang bagus, dan ada yang seperti kekurangan. Ada android phones yang mempunyai kelebihan lain daripada yang lain. Setiap android phones terbaharu yang release tentunya ada kelainan dari aspect design dan fungsi. Antaranya yang membuatkan ramai yang teruja untuk flahship android phones yang terbaharu tentunya daripada siri Samsung Galaxy S.

Walaupun ada segelintir pihak android fanboys yang mengatakan siri Galaxy S ini tiada yang menarik sangat tetapi hype dan perhatian diterima baik oleh kesemua penguna dan para peminat android phones.

Dilancarkan pada 11 Februari 2020 bertempat di San Francisco, Amerika Syarikat. Samsung membawa keluar 3 trio android phones terbaharu dibawah siri Galaxy S iaitu Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra. Kesemua flagship android phones Samsung kali ini amat mengagumkan dari segi teknikal yang berpadan dengan harga yang telah ditetapkan. Jadi kali ni kami ringkaskan apa yang korang perlu tahu tentang siri terbaharu Samsung Galaxy S.

MODEL KEMBAR TIGA

Kenapa kami katakan model ni kembar tiga? Sebab kalau pada dasarnya ketiga-tiga smartphones ini mempunyai specs lebih kurang sama. Specs yang membuatkan ianya lebih kurang sama adalah ketiga-tiga mempunyai display 120Hz, Processor 865 Snapdragon, wireless charging, expandable storage dan ketiga-tiga smartphones ini adalah mempunyai daya ketahanan kalis air. Menurut laman web SoyaCincau, untuk pasaran di Malaysia dijangkakan ianya didatangkan dengan processor Exynos 990 chipset instead of Qualcomm Snapdragon.

Tetapi antara ketiga-tiga model smartphone Galaxy S terbaharu ini. Perbezaan ketara daripada segi specs tentunya boleh dilihat pada Samasung Galaxy S20 yang boleh dikatakan lebih murah berbanding S20+ dan S20 Ultra kerana ianya mempunyai lensa kamera yang sedikit, bateri yang kecil dan screen yang sedikit kecil.

Sama seperti khabar angin tentang Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra yang pernah tersebar sebelum ini. Ketiga-tiga smartphone ini juga didatangkan dengan Quad HD+ display bersama saiz screen 6.2″, 6.7″ and 6.9″.

Image via: https://bgr.com/

120HZ REFRESH RATE YANG CUN

Finally giliran Samsung pula untuk join android smartphones yang mempunyai refresh rate yang lebih tinggi. Kebanyakkan smartphones mungkin mempunyai kuasa antara 60Hz ke 90Hz panel. Tetapi untuk siri Galaxy S terbaharu ini ianya dikuasakan oleh 120Hz panel display. Tak kisahlah kalau korang tengah usha gambar dekat IG, layan Twitter atau tengah main game sekali pun, ianya memberi penstabilan yang lebih tinggi pada display screen. Yang paling penting sekali, ketiga-tiga model terbaharu siri Galaxy S ini dilengkapi dengan 120Hz display.

KAMERA PETAK

Ketiga-tiga kamera pada model Galaxy S terbaharu ini mempunyai kebolehan yang sama dimana ianya memberikan penguna kebolehan untuk merakam video dalam bentuk format 8K HD. Untuk Galaxy S20 dan S20+, ianya didatangkan dengan 12MP kamera utama, 64MP telephoto dengan 30X optical zoom dan 12MP ultra-wide-angle lens.

Manakala untuk model Galaxy S yang paling mahal sekali, iaitu S20 Ultra. Ianya mempunyai 4 lensa kamera yang membolehkan mengambil gambar dalam bentuk mode 108MP atau 12MP, menurut laman web USAToday.com; teknologi terbaharu ini dikenali sebagai “Nona Binning” bermakna ianya menggabungkan sembilan piksel untuk bertindak sebagai satu piksel gergasi. Tak cukup dengan itu, Galaxy S20 Ultra ini juga mempunyai kuasa gabungan hardware optizal zoom dan kuasa digital zoom AI yang membolehkan penguna untuk zoom sehingga 100x lebih jauh.

PATUT UPGRADE TAK?

Ramai yang pasti tahu kalau pakai smartphone Samsung, mesti kita akan tahan lama. Terutama sekali kalau smartphone flagship Samsung. Jadi kalau telefon S10 atau S9 korang masih lagi berfungsi dengan elok, tak perlu lah kot korang nak upgrade.

Akan tetapi kalau korang memang inginkan upgrade hardware smartphone terbaharu untuk keselesaan pengunaan harian yang dikuasakan oleh OS Android, maka model siri Galaxy S terbaharu Samsung ini adalah pilihan yang tepat sekali oleh kerana 120Hz Display, kualiti kamera yang padu dan minima ram 8GB(S20 dan S20+) dan 12GB (S20 Ultra).

KATALAKI: Android phones Samsung ni sebenarnya puas hati la kalau pakai…

Last modified: 12 February 2020