Siri TV The Last Of Us – “Jamie Lannister” Jadi Joel?

Sembang, ZAP, ZeKool

Dengan kemunculan pelbagai platform penstriman saluran TV berbayar seperti Netflix, Iflix, Hulu, Disney+. Antara sebab dan punca yang membuatkan platform-platform ini berjaya tentunya daripada hasil siri TV original yang diterbitkan untuk platform masing-masing. Sebagai saluran yang sudah dikenali bertahun-tahun sudah lamanya, HBO juga tidak kurang hebatnya dalam menerbitkan siri TV mahupun filem-filem yang diterbitkan secara eksklusif di saluran tersebut.

Ini mungkin berita yang baik buat para peminat game FPS Playstation 4(PS4). Antara game yang terkenal di konsol permainan video tersebut, The Last of Us bakal diadaptasikan ke siri TV khas yang diterbitkan buat saluran HBO..

Siri TV yang di adaptasi daripada game terkenal itu bakal disiarkan di saluran HBO. Dikhabarkan juga Neil Druckmann yang merupakan antara pencipta bersama game tersebut akan terlibat serta dalam pembikinan adaptasi video game tersebut ke siri TV. Bukan saja pencipta bersama game tersebut, malah creative director, penulis game yang dikeluarkan pada 2013 itu akan turut serta dalam merealisasikan projek TV siri ini. Disamping itu, pencipta TV siri terkenal HBO, Chernobyl; Craig Mazin turut serta bersama dalam projek ini sebagai penerbit eksekutif.

Boleh dikatakan bukan sahaja Neil Druckmann sahaja yang akan berkolaborasi dengan pihak produksi HBO, malah developer untuk game The Last of Us ini iaitu Naughty Dog akan turut serta untuk menjayakan siri TV yang bakal ditayangkan di saluran HBO. Di kalangan pencipta dan developer dalam industri seni permainan video; Neil Druckmann boleh dikatakan antara pencipta dan pencetus yang terbaik dengan hasil penceritaan yang lebih padu. Boleh dikatakan siri permainan video The Last of Us adalah hasil karya yang terbaik pernah diciptakan Neil Druckmann.

Permainan video The Last of Us ini sering mendapat respond yang positif dimana rata-rata yang memberikan sokongan serta moral support yang memberangsangkan. Walaubagaimana pun juga, masih lagi tiada tarikh umum setakat ini. Antara yang sudah kita ketahui, siri TV tersebut bakal mengambil tempat era atau zaman persekitaran 2013 sama seperti game The Last of Us yang menerima banyak review yang positif oleh kerana skrip dan jalan cerita di dalam game tersebut. Namun masih lagi tiada tarikh tentatif ataupun jangka masa bila siri TV ini bakal dikeluarkan di saluran HBO.

Selain membuat peminat-peminat menunggu dengan rasa gembira tentang siri game terbaharu The Last of Us 2 yang bakal dikeluarkan pada 29 May 2020, berita mengenai siri TV ini berjaya membuatkan penantian para peminat membuak-buak.


The Last of Us adalah permainan video yang dikeluarkan pada tahun 2013 oleh syarikat Naughty Dog. Ianya merupakan game dengan genre action-adventure survival horror dimana para pemain memegang watak sebagai Joel, seorang penyeludup yang ditugaskan untuk menjaga seorang gadis remaja bernama Ellie ketika Amerika Syarikat sedang menghadapi zaman post-apocalytptic dimana terdapat sebuah jangkitan yang dikenali sebagai Cordyceps yang mengubah manusia untuk menjadi makhluk yang sangat agresif yang digelarkan sebagai The Infected.

Sejak ianya dikeluarkan, The Last of Us telah menerima anugerah-anugerah ternama antaranya seperti Game of The Year daripada beberapa gaming publication ternama. Ianya juga telah dikira sebagai salah satu greatest video games ever made. Pada awal kemunculan video game ini di pasaran, terdapat juga sebanyak empat isu buku komik yang diadapatasi daripada game ini, buku komik tersebut ditulis oleh Neil Druckmann dan ilustrasi oleh Faith Erin dan Hicks

Image via: https://www.techradar.com/

Pada tahun 2014, terdapat sebuah pengumuman dimana game The Last of Us ini bakal mendapat terbitan ke layar perak dimana ianya ditulis of Neil Druckmann dan diarahkan oleh pengarah terkenal Sam Raimi. Namun projek filem tersebut terpaksa diberhentikan oleh kerana terdapat pertentangan pendapat daripada pihak syarikat Sony dan Neil Druckmann.

Selepas mengumuman tentang siri TV adaptasi daripada game The Last of Us yang di Tweet oleh HBO. Ramai yang memberikan comment mereka tentang aktor dan aktres yang sesuai mereka inginkan untuk memegang watak utama iaitu sebagai Ellie dan Joel. Rata-rata yang paling popular dikalangan para peminat yang bersuara adalah nama aktor Nikolaj Coster-Waldau atau lebih dikenali sebagai wataknya sebagai Jamie Lannister dalam siri Game of Thrones serta nama pelakon wanita Kaitlyn Dever. Kedua-dua pelakon ini adalah nama antara nama pelakon yang paling popular dipetik oleh ramai peminat untuk memegang watak sebagai Ellie dan Joel. Selain dua pelakon ini, nama pelakon terkenal Hugh Jackman juga dikatakan peminat sebagai pelakon yang sesuai untuk memegang watak utama dalam siri TV itu.

KATALAKI: Tak kisah siapa pelakon asalkan jalan citer dia best…

Last modified: 7 March 2020