Sisi Gelap Esports Di Malaysia!

Sembang

Tidak dinafikan scene Esports di Malaysia sudah semakin rancak. Pelbagai event dan tournament mula dilakukan dan pelbagai brandbrand besar mula memberikan perhatian kepada scene Esports. Mereka tahu yang scene Esports di Malaysia akan memberikan mereka pulangan yang besar.

Kita juga boleh lihat banyak Esports team mula muncul untuk memeriahkan lagi scene ini. Daripada permainan video DOTA2 sehinggalah ke PUBG Mobile, banyak playerplayer kita yang berbakat dah mula menempah nama bukan sahaja di Malaysia tapi juga diluar negara.

Namun semua benda indah yang kita lihat hanyalah luarannya sahaja. Sebagai salah seorang yang bekerja rapat dengan scene Esports di Malaysia, apa yang aku boleh katakan ialah banyak benda yang tidak enak mula muncul. Perkara-perkara ini bukan sahaja akan effect pemain, brand dan organizer sahaja tapi akan effect scene Esports secara menyeluruh di Malaysia. Aku ada bertanya dengan rakan-rakan yang juga berkait rapat dengan scene Esports di Malaysia dan ini merupakan beberapa masalah yang semakin menjadi isu besar di Malaysia:

MANAGEMENT LEPAS TANGAN

Ada beberapa player CS:GO yang mengadu bahawa pihak pengurusan team mereka telah lepaskan tangan dan tidak membayar duit claim yang digunakan utnuk mendaftar tournament. Bagi sesebuah team, duit pendaftaran ataupun duit untuk sesebuah team itu bergerak sepatutnya ditanggung oleh Team Manager ataupun Founder untuk team tersebut.

Namun untuk situasi ini, pemain terpaksa menggunakan duit mereka terlebih dahulu dan dijanjikan akan dibayar balik oleh management tapi setelah habis tournament, management mula mengabaikan pemain. Pemain pula tidak dapat membuat apa-apa tindakan kerana perjanjian tersebut tidak dibuat secara bertulis dan hanya janji mulut sahaja.

PLAYERS TIDAK DIBAYAR

Terdapat beberapa tournament besar yang dikatakan tidak membayar duit kemenangan kepada player yang layak. Ada beberapa kes yang kini sudah masuk 3 tahun namun masih tidak selesai disebabkan isu duit tidak dibayar. Apabila pemain mula bersuara, pihak organizer hanya mampu menuding jari kepada pihak lain ataupun hanya berdiam diri.

Perkara seperti ini bukan sahaja hanya terjadi kepada player yang menang tapi juga kepada orang dibelakang tabir seperti shoutcaster contohnya. Namun shoutcastershoutcaster ini tidak berani bersuara kerana mereka mungkin akan dipulaukan oleh organizer lain dan mungkin tidak lagi mendapat tawaran untuk menjadi shoutcaster kepada tournament lain.

TOURNAMENT “CACAMARBA”

Pada tahun lepas, terdapat sebuat event yang dikatakan sebagai “Esports Event Terbesar Di Malaysia” tapi pengurusan yang ditunjukkan pada hari event tersebut dijalankan tidak menunjukkan langsung yang mereka layak menggunakan title tersebut.

Daripada kes beberapa pemain antarabangsa yang terpaksa datang sendiri tanpa dijemput oleh pihak pengurusan sehinggalah kepada pengunjung yang datang terpaksa mengadakan crowdfunding untuk membelikan makanan kepada pemain dan mereka yang bekerja dibelakang tabir oleh kerana pihak pengurusan gagal menyediakan makanan kepada mereka.

KOMUNITI TOXIC

Isu ini turut juga telah disokong oleh Vice-President komuniti TWTDOTA iaitu Qayyum Abdul Razak yang mana telah lebih 10 tahun berada dalam scene Esports di Malaysia.

Selain daripada beberapa masalah yang lebih kurang sama seperti di atas, dia turut menyatakan masalah komuniti Esports itu sendiri sedikit sebanyak mencemarkan nama baik Esports di Malaysia. Ada komuniti yang tidak berpuas hati apabila kurangnya perhatian terhadap permainan video yang mereka main.

Ini telah membuatkan mereka mula menyatakan satu-satu permainan video itu tidak patut diberikan perhatian. Contohnya pergaduhan antara komuniti permainan video console dan juga komuniti permainan video mobile. Masing-masing saling tidak berpuas hati!

LANGKAH PENYELESAIAN?

Banyak sebenarnya yang perlu dilakukan untuk memastikan isu-isu yang dinyatakan tadi supaya tidak berulang lagi. Isu-isu ini harus dipandang serius oleh pihak Esports Malaysia (ESM) dan juga Kementerian Belia & Sukan (KBS) bagi memastikan scene Esports di Malaysia tidak tercemar.

Aku ada beberapa cadangan yang mungkin berguna dalam situasi ini. Ini hanya cadangan aku dan aku sendiri tahu perkara seperti ini memerlukan masa untuk dilakukan dan juga memerlukan sokongan daripada semua pihak.

1) TOURNAMENT BERDAFTAR

Setiap organizer yang ingin mengadakan apa-apa tournament harus berdaftar dengan ESM. Satu perjanjian harus ditandatangan bagi memastikan tiada lagi isu tournament tangkap muat yang dilakukan oleh beberapa organizer sebelum ini. Mana-mana organizer yang telah berdaftar dan didapati melakukan kesalahan harus dihukum dan diban daripada menganjurkan apa-apa tournament pada masa akan datang.

2) UNION UNTUK PLAYER & SHOUTCASTER

Satu persatuan harus dibuat untuk membela nasib player dan shoutcaster di Malaysia. Banyak kes dimana player dan shoutcaster takut untuk bersuara apabila ditipu oleh organizer disebabkan mereka berkemungkinan besar tidak akan dapat bermain ataupun menjadi shoutcaster untuk tournament yang lain.

3) ESPORTS TEAM 

Setiap Esports Team yang ingin memasuki apa-apa tournament juga harus berdaftar dengan ESM dan mereka harus mempunyai kertas kerja dan carta organisasi yang kukuh untuk mendaftar. Ini bukan sahaja dapat membela nasib player andai terjadi apa-apa semasa dalam pasukan tapi akan membuatkan Esports team di Malaysia nampak lebih teratur.

4) BACA CONTRACT!

Ini adalah benda yang paling penting untuk players dan juga shoutcaster. Apabila ada Esports team, organizer mahupun sponsor yang datang dan berminat untuk bekerjasama dengan korang, sila minta contract bertulis sebelum apa-apa penjanjian dipersetujui. Aku faham yang ada yang rasa seronok apabila ada brand besar yang nak bekerjasama dengan korang tapi terlalu banyak sangat kes-kes player ditipu dan ditindas oleh sponsor disebabkan mereka sendiri tidak membaca contract yang mereka tandatangan.

Ini cuma beberapa cadangan yang aku boleh cadangkan setakat ini. Aku yakin pihak ESM, KBS dan komuniti Esports di Malaysia sendiri boleh duduk semeja dan berbincang tentang isu ini dalam masa yang sama mencari penyelesaian yang sesuai bagi memastikan scene Esports di Malaysia lebih terpelihara.

KATALAKI: Semoga Esports di Malaysia terus maju tanpa isu!

Last modified: 1 November 2019