Skill Epik Taekwondo Viral

Aktif

Aksi pasukan Taekwondo Kukkiwon Demonstration Team ketika upacara pembukaan 2018 Jeju World Taekwondo Hanmadang yang berlangsung pada 20 July 2018 berjaya memukau penonton pada acara tersebut.

Acara tahunan yang dianjurkan sejak 1992, Jeju World Taekwondo Hanmadang merupakan pertandingan Taekwondo Antarabangsa yang menyaksikan lebih 5,000 peserta dari 50 buah negara yang menghadiri acara pertandingan antarabangsa ini yang berlangsung selama 4 hari berturut-turut untuk tahun 2018.

Rakaman asal berdurasi 20 minit yang dimuat naik di laman Youtube menyaksikan demonstrasi seni pertahankan diri pasukan lelaki & wanita Taekwondo Kukkiwon dengan pelbagai skill epik mencabar seperti poomsae, attack, self-defense, termasuk gimnastik Taekwondo.

Selain aksi tumbukan & tendangan padu 10 papan berturut-turut, pasukan demonstrasi Taekwondo Kukkiwon turut melakukan lompatan tinggi dua tingkat dengan menghancurkan papan setinggi 42 kaki di udara.

Pasukan Taekwondo Kukkiwon adalah perintis dalam mengglobalkan seni bela diri Taekwondo, dengan ahli terdiri daripada lebih 70 guru dan pelajar Taekwondo dengan pangkat fifth degree black belt. Sejak ditubuhkan pada tahun 1974, pasukan ini telah jelajah ke lebih dari 100 buah negara untuk mempersembahkan seni mempertahankan diri Taekwondo & budaya Korea ke seluruh dunia. Kebolehan dan ketepatan pasukan ini telah berjaya memikat penonton merentas media di seluruh dunia.

Klip video pendek daripada pembukaan upacara tersebut yang telah dimuat-naik di laman Facebook berjaya menarik sebanyak 21,000,000 tontonan.

Walaupun ramai yang memuji aksi seni bela diri pasukan tersebut, ada juga netizen yang mengecam & mengkritik kerana aksi mereka ini “tidak praktikal” untuk digunakan dalam pertempuran.

KATALAKI: Power gila weyh. Ni yang rasa nak belajar Taekwondo ni!

Last modified: 12 November 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *