Skuad Harimau Malaya Beraya Di Atas Padang

Aktif, Bola

Dah lama gak kita tak tengok skuad Harimau Malaya beraksi sejak saingan Piala AIRMARINE 2019 yang penuh dengan kontroversi hari tu. Hari ni, 16 Mei 2019, FAM dah keluarkan senarai penuh 26 pemain yang dipilih untuk ke kem latihan pusat Harimau Malaya bermula 27 Mei nanti.

26 pemain ni dipanggil bertujuan untuk membuat persediaan bagi menempuh 2 perlawanan, 1st leg dan 2nd leg, untuk kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023. 23 pemain yang terpilih je yang akan dibawa oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk 2 perlawanan penting ni nanti.

Macam Mana Nak Tahu Harimau Malaya Layak Atau Tak?

Harimau Malaya akan bertemu Timor-Leste pada 7 dan 11 Jun 2019 dalam pusingan pertama dan pasukan yang menang akan layak ke pusingan kedua.

Di pusingan kedua, ada 40 pasukan akan dibahagikan kepada 8 kumpulan dan akan menggunakan format perlawanan round-robin.

Image Via : foxsportsasia.com

Selesai perlawanan pusingan kedua, 8 pasukan yang jadi juara untuk setiap kumpulan dan 4 pasukan terbaik yang jadi naib juara, akan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 dan layak ke Piala Asia 2023.

Pasukan Mana Lagi Yang Bersaing Dalam Pusingan Pertama?

Negara yang berada di kedudukan pertama sehingga ke-34 negara-negara Asia akan layak secara automatik ke pusingan kedua. Negara yang di kedudukan ke-35 sehingga ke-46 kena tempuh perlawanan pusingan pertama.

Image Via : Wikipedia

Tarikh & Lokasi Perlawanan Pusingan Pertama Harimau Malaya

Harimau Malaya akan menentang Timor-Leste pada 7 Jun, 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk 1st leg dan pada 11 Jun, 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk 2nd leg.

KATALAKI: Bila kita boleh dapatkan tiket untuk serbu Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyokong Harimau Malaya, kita tunggu FAM umumkan nanti. Korang boleh usha dan stalk FB FAM tu selalu.

Last modified: 24 May 2019