Smartphone 3 Kamera Dari Samsung + GIVEAWAY

Gadget Bro, Watch

Bila jenama lain dah mula keluarkan smartphone dengan 4 ke 5 kamera, Samsung nampaknya baru nak masuk level 3 kamera. So hari ini kita akan review Samsung A7 2018 Edition yang didatangkan dengan 3 kamera belakang.

Samsung A7 ni still boleh dikatakan smartphone yang budget lah bagi aku sebab bagi aku, smartphone yang yang bawah RM1,500 tu memang murahlah untuk zaman macam ni.

Samsung A7 ni didatangkan dengan 3 warna iaitu biru, hitam dan gold. Body untuk Samsung A7 ni diperbuat daripada kaca 2.5 D. Nampak nice sebab ade reflex warna bila kena lampu or cahaya matahari. Body dia pun tak berapa besar sangat so ngam ngam tangan jelah. Selesalah kalau pegang. Screen dia sebesar 6 inci dan mengunakan display super amoled FullHD+.

Dekat volume rocker dan jugak power button. Feature yang ni aku suka sebab dekat Samsung A7 punya power button ni, ianya juga bertindak sebagai finger print scanner. Lainlah daripada smartphone yang pernah aku review sebelum ni. Belah kiri dia pulak ada sim card tray yang mana korang boleh letak 2 sims card dan 1 micro sd memory card. Korang boleh letak micro sd kat sehingga 512gb kalau korang nak.

Spec untuk smartphone ni boleh tahan jugaklah untuk harga dia. Dia menggunakan processor Samsung Exynos 7885, 4GB RAM dan 128GB memory. Kalau korang tengok takda yang wow sangat pun dekat bahagian spec dia. Battery untuk smartphone ni pulak adalah 3,300mAh, agak kecik berbanding smartphone yang ada dekat luar sana.

Overall untuk Samsung A7 ni agak berbaloi jugak kalau korang memang peminat kipas susah mati Samsung and korang memang tengah cari Samsung punya smartphone yang budget but kalau korang just peminat smartphone android, bagi aku banyak lagi jenama lain yang lebih murah dan lebih berbaloilah bagi aku dekat luar sana.

Yelah sebab sekarang pun semua jenama lain dah main harga bawah RM1,000 dan bagi spec yang lagi mantap kot daripada Samsung A7 ni. So bagi aku Samsung kena keluarkan satu phone yang boleh kalahkan jenama-jenama yang tengah bermaharajalela dekat price range bawah RM1,000.

Kalau korang nak menang giveaway Samsung A7 2018 Edition daripada kitorang, Klik LINK ini cepat! Kitorang extend giveaway ni sampai 5 Februari 2019 BRO!

KATALAKI: Ajak kawan-kawan korang check out Youtube THELAKI so bolehlah kitorang buat lagi banyak giveaway!

Last modified: 25 January 2019