Smartphone Budget Prestasi Maksimum

Gadget, Tech

Bulan ini pihak Asus telah mengeluarkan smartphone budget bagi tahun 2019 yang berharga bawah RM700 dan mempunyai spec yang boleh dikata agak cun dan sesuai untuk korang yang tengah cari smartphone untuk main mobile game.

Smartphone yang dikeluarkan oleh Asus adalah ZenFone Max M2, adik kepada ZenFone M1 yang baru saja dikeluarkan pada oktober tahun lepas. ZenFone M2 merupakan upgrade kepada ZenFone M1 yang mempunyai performance yang lagi laju, display yang lebih besar, audio yang lebih padu dan jugak camera yang lebih cun.

MAX PERFORMANCE

ZenFone M2 merupakan ZenFone pertama yang dikuasakan dengan 14nm Qualcomm Snapdragon 632 Mobile Platform dan 4GB RAM. Ianya mampu memberikan 40% CPU performance yang lebih tinggi dan 10% higher graphic performance.

Dengan processor ini jugak, ZenFone Max M2 dapat menjimat battery walaupun korang bermain permainan video pada higher setting. Baru sedap bro main PUBG Mobile!

MAX DISPLAY

Asus ZenFone Max M2 juga merupakan ZenFone pertama yang menggunakan display sebesar 6.3 inci HD+ dengan 88% screen-to-body ratio memberikan korang display yang lebih besar dan lebih immerse semasa menonton video, browsing web dan juga semasa bermain permainan video.

Body ZenFone Max M2 nampaknya lebih nipis daripada Zenfone M1 yang mana ZenFone Max M2 cuma sebesar 7.7mm berbanding ZenFone M1 yang sebesar 8.7mm. Seperti ZenFone M1, ZenFone Max M2 masih mengekalkan body dengan metal design.

MAX CAMERA

ZenFone Max M2 didatangkan dengan dual camera dengan 13MP sebagai main camera dan 2MP sebagai second camera. Camera untuk smartphone ini jugak didatangkan dengan feature advance AI Scene Detection yang membolehkan korang snap gambar dengan lebih jelas.

System AI ini jugak mampu mengenal pasti 13 jenis scene ataupun object dan dengan system Electronic Image Stabilization (EIS) membolehkan video yang korang rekod kurang gegaran. Second camera pulak memastikan effect “bokeh” yang nampak lebih natural dan membuatkan object yang korang snap lebih menonjol.

MAX AUDIO

ZenFone Max M2 menggunakan lima magnet speaker dengan metal voice coil, yang lebih bagus berbanding single magnet speaker yang diletakan pada ZenFone sebelum ini. Dengan NXP low-distortion smart amplifier, ZenFone Max M2 memberikan sound yang lebih clear dan lebih padu berbanding ZenFone sebelum ini.

So apa yang korang rasa dengan smartphone ZenFone Max M2 ni? Bagi aku nampak smartphone ni memang berbaloi gila dan aku rasa mungkin ZenFone Max M2 ini akan lebih popular dengan geng-geng yang main mobile game.

KATALAKI: Performance bagus and harga pun cun bro!

Last modified: 14 January 2019