Smartphone Dengan 4 Kamera – Biar Betul?!

Gadget, Tech

Baru-baru ini Huawei telah memperkenalkan 3 smartphone terbaharu mereka iaitu Huawei Mate 20, Huawei Mate 20 Pro dan Huawei Mate 20 X untuk Mate 20 Series dorang.

Ketiga-tiga smartphone ini menampilkan satu benda yang menarik iaitu didatangankan dengan 4 kamera! Ya, empat kamera diletakan dalam satu smartphone. Terdapat 3 kamera dibelakang dan 1 kamera hadapan. Ketiga-tiga smartphone ini jugak menggunakan processor Huawei Kirin 980 yang sama.

Huawei Mate 20

Huawei Mate 20 mempunyai saiz sebesar 6.53 inci dan menggunakan screen jenis TFT LCD dengan resolusi Full HD+ screen. Untuk kamera belakang pulak korang akan dapat 12 megapixel untuk kamera utama, 16 megapixel untuk ultra wide, 8 megapixel untuk telephoto dan 24 megapixel untuk kamera hadapan.

Kapasiti bateri untuk Huawei Mate 20 pula adalah sebesar 4000mAh dan didatangkan dengan fungsi SuperCharge. Korang boleh dapatkan Mate 20 ni dengan harga dari RM3841 untuk 4GB RAM + 128GB storage dan RM4082 untuk 6GB RAM + 128GB storage.

Huawei Mate 20 Pro

Untuk Huawei Mate 20 Pro Pula, display yang didatangkan adalah lebih kecil sedikit dari Mate 20 iaitu 6.39 inci tetapi menggunakan screen yang lebih bagus iaitu jenis Oled Quad HD+. Satu lagi penambahan yang terdapat pada Mate 20 pro adalah ianya didatangkan dengan in-screen fingerprint scanner.

Pada bahagian kamera pula, Mate 20 pro didatangkan dengan 40 megapixel kamera utama, 20 megapixel ultra wide, 8 megapixel telephoto dan 24 megapixel hadapan. Untuk bateri pulak, Mate 20 Pro didatangkan dengan kapisiti 4200mAh, besar sedikit berbanding dengan Mate 20 dan menyokong fungsi wireless charging.

Satu lagi fungsi yang jarang dilihat pada smartphone lain adalah fungsi Reverse Wireless Charging yang mana korang boleh charge phone kawan korang menggunakan smartphone korang tanpa menggunakan wayar.

Harga untuk Mate 20 Pro bermula dari RM5024 untuk 6GB RAM dan 128GB storage.

Huawei Mate 20 X

Untuk Huawei Mate 20 X pulak korang akan dapat smartphone yang lebih besar. Dengan screen 7.2 inci Full HD+ Oled display. Dengan bateri kapisiti yang lebih besar berbanding Mate 20 dan Mate 20 Pro iaitu 5000mAh.

Bagi Huawei Mate 20 X, ianya didatangkan dengan stylus M Pen yang tidak terdapat pada series Mate yang lain.

Pada hari pelancaran Mate 20 X, CEO Huawei claim yang Mate 20 X mampu mengalahkan Nintendo Switch dengan resolusi yang lebih besar dan memaksimumkan pengalaman bermain permainan video kerana didatangkan dengan HUAWEI Supercool, satu vapor chamber yang akan mengurangkan haba dari processor Kirin 980 bagi meningkatkan performance gaming korang.

Harga untuk Huawei Mate 20 X adalah dari RM4322 untuk 6GB RAM dan 128GB storage.

Ketiga-tiga Huawei Mate 20 Series ini boleh didapatkan dipasaran bermula 27 Oktober ini di laman web rasmi dan kedai jualan rasmi Huawei.

KATALAKI: Ura-ura menyatakan yang smartphone Nokia akan hadir dengan 5 kamera pulak lepas ni. Banyak dowhhh! 

Last modified: 4 January 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *