Smartphone dengan 5 Kamera!

Gadget, Tech

Lama dah Nokia tak keluarkan smartphone baru. Tapi bila dia muncul balik, memang lain macam spec yang dia bagi. Smartphone Nokia 9 PureView merupakan salah satu smartphone terbaru yang dikeluarkan oleh Nokia.

Benda paling menarik untuk smartphone ini tentulah dekat bahagian kamera dia. Nokia 9 PureView ini didatangkan bukan dengan tiga kamera tapi lima kamera belakang! Setiap satunya mempunyai 12 megapixel dengan Zeiss lenses. Tiga daripada kamera ini mempunyai sensor monochrome dan dua daripadanya mempunyai sensor RGB.

Dengan meletakan lebih banyak kamera berbanding smartphone yang ada dipasaran sekarang, Nokia 9 PureView mampu mengambil dengan pelbagai exposure secara serentak. Ini merupakan salah satu ciri istimewa yang terdapat pada Nokia 9 PureView.

Smartphone ini didatangkan dengan Qualcomm Snapdragon 845 dan 6GB RAM. Bagi battery pula, Smartphone ini dilengkapi dengan battery sebesar 3,320mAh. Saiz battery smartphone ini dilihat lebih kecil berbanding smartphone lain yang berada dalam pasaran sekarang.

Walaupun begitu, Nokia 9 PureView mempunyai feature wireless charging dan didatangkan dengan Quick Charging dengan mengunakan cable. Namun terdapat satu kekurangan iaitu tiada 3.5mm headphone socket pada smartphone ini.

Bagi sistem pula, Nokia 9 PureView menggunakan Android 9 dan dikatakan akan mula dijual di pasaran Malaysia. Buat masa ini Nokia 9 PureView telah mula dijual di USA pada harga USD699. Agak mahal juga. Kita tunggu harga Malaysia pula nanti.

KATALAKI: Still ragu-ragu lagi nak guna Nokia balik. Maybe kena tunggu review dulu macam mana.

Last modified: 6 March 2019