Smartphone Dengan Dual Pop-Up Selfie Camera Pertama Di Dunia!

Gadget, Tech

Minggu ini pihak Vivo telah memperkenalkan smartphone terbaru mereka iaitu Vivo V17 Pro dan dikatakan akan dilancarkan di India pada 20 September ini dan di Malaysia pula dikatakan akan dilancarkan pada awal bulan hadapan iaitu pada 1 Oktober 2019.

Vivo V17 Pro ini merupakan smartphone pertama yang mempunyai dual front pop-up camera di dunia dan juga mempunyai quad rear camera setup. Ini membuatkan smartphone ini mempunyai enam camera secara total. Banyak betul camera dia!

Melihat kepada spec yang ditawarkan, Vivo V17 Pro dikatakan akan mempunyai screen sebesar 6.44 inci dengan Super Amoled Display dengan Corning Gorilla Glass protection. Smartphone Vivo V17 Pro ini juga akan mempunyai Qualcomm Snapdragon 675 bersama-sama dengan Aderno 612. Ini membuatkan smartphone ini mampu memberikan performance yang terbaik.

Vivo V17 Pro ini juga turut didatangkan dengan 8GB RAM dan 128GB storage. Kalau korang perlukan storage yang lebih besar, jangan bimbang sebab korang masih boleh upgrade storage dia menggunakan MicroSD sehingga 256GB.

Seperti yang aku cakap, smartphone ini mempunyai enam camera secara total. Camera tersebut terbahagi kepada empat camera belakang dan dua camera hadapan. Bagi camera hadapan, korang akan dapat Dual Pop-up Front Camera yang sebesar 32 Megapixel dan 2 Megapixel.

Bagi camera belakang pula, ia akan didatangkan dengan camera sebesar 48 Megapixel + 8 Megapixel (Ultrawide) + 2 Megapixel + 2 Megapixel (depth sensor). Kalau korang tengok bahagian camera setup sahaja pun memang dah tertarik bro!

Tidak dilupakan, smartphone didatangkan dengan Operating System Android 9 Pie terbaru dan battery yang dorang letak dekat smartphone ini juga boleh tahan besar iaitu sebesar 4,100mAh dengan Quick Charging Support. Smartphone ini akan didatangkan dengan dua warna sahaja iaitu warna Light Blue dan juga Dark Blue.

Kalau lihat harga yang ditawarkan untuk pasaran India, smartphone Vivo V17 Pro ini dijual pada harga Rs27,990 ataupun lebih kurang dalam RM1,700. Kemungkinan besar untuk pasaran Malaysia ianya akan dijual pada harga lebih kurang dalam RM1,900-RM2,200.

KATALAKI: Kalau harga dia bawah RM1,500 memang aku tertarik jugaklah nak beli hahaha!

Last modified: 18 September 2019