Smartphone Harga RM11,000?!

Gadget, Tech

Tengok tajuk article ini mesti korang pelik kenapa harga dia mahal sangatkan? Ada salut dengan emas ke apa? Well kalau korang nak tahu, ini merupakan anggaran harga bagi smartphone terbaru yang yang diperkenalkan oleh Xiaomi iaitu Xiaomi Mi Mix Alpha.

So kenapa mahal sangat smartphone ini sampai dekat RM11,000 harga dia? Jom kita usha dia punya design dan dia punya spec sama ada berbaloi atau tidak dengan harga dia yang nak sama dengan down payment sebuah kereta ini.

Smartphone Xiaomi Mi Mix Alpha ini merupakan smartphone pertama daripada Xiaomi yang menggunakan Surround Screen yang mana screen untuk smartphone ini seperti membaluti body Xiaomi Mi Mix Alpha ini. Nak tahu berapa screen-to-body ratio dia? Screento body ratio untuk smartphone terbaru Xiaomi ini adalah sebesar 180.6% bro!

Bagi bahagian yang tidak dibaluti dengan screen seperti bahagian atas dan bawah smartphone ini diperbuat daripada aero-grade titanium yang dikatakan lebih ringan daripada stainless steel. Di dalam smartphone ini, ianya didatangkan dengan 12GB RAM dan juga 512GB Storage.

Untuk processor pula, ianya menggunakan Qualcomm Snapdragon 855+. Korang dah boleh nampak belum kenapa harga dia boleh cecah sampai RM11,000? Kalau tak boleh nampak lagi, aku nak cerita tentang camera dia pula. Untuk smartphone ini dia menggunakan triple rear camera setup.

Camera yang diletakan pada smartphone ini merupakan camera terbesar yang aku pernah nampak ada dekat smartphone iaitu sebesar 108 Megapixel (Main Camera) + 20 Megapixel (UltraWide) + 12 Megapixel (Telephoto). Namun satu benda yang korang perlu tahu adalah smartphone ini tidak mempunyai camera hadapan sebab camera belakang dia dah boleh jadi camera hadapan oleh kerana screen dia tetap ada pada bahagian camera belakang.

Battery yang diletakkan untuk smartphone Xiaomi Mi Mix Alpha ini juga agak besar iaitu sebesar 4,050mAh dengan kebolehan 40W fast charging. Walaupun smartphone ini nampak seperti concept phone, pihak Xiaomi memberitahu yang Xiaomi Mi Mix Alpha ini sudah pun dalam proses pembuatan secara kecil dan mungkin akan dilancarkan pada pasaran bermula December tahun ini.

KATALAKI: Ingatkan iPhone dah cukup mahal dah 🙁

Last modified: 26 September 2019