Smartphone Internet Percuma?!

Gadget, Tech

Baru-baru ni Xiaomi ada memperkenalkan smartphone budget terbaru yang didatangkan dengan internet percuma selama setahun! Smartphone yang diberi nama Xiaomi Mi Play ini boleh dikatakan smartphone pertama yang memberikan promosi macam ni.

Dari segi design, Xiaomi Mi Play ini didatangkan dengan 5.84 inci Full HD+ display dengan waterdrop notch. Kalau korang pernah tengok video review aku sebelum ini, notch macam ni notch yang paling aku suka.

Xiaomi Mi Play menggunakan MediaTek 12nm Octa-Core Helio P35 processor. Bagi RAM dan Storage pula, Xiaomi Mi Play didatangkan dengan 4GB RAM dan 64GB Storage. Untuk spec macam ni, aku rasa Xiaomi Mi Play ni sesuai untuk golongan student dan orang yang memerlukan backup phone.

Untuk bahagian kamera pulak, terdapat dual camera setup untuk kamera belakang. Xiaomi Mi Play didatangkan dengan kamera 12-megapixel sebagai kamera utama dan 2-megapixel untuk second kamera. Untuk kamera hadapan pulak, ianya didatangkan dengan 8-megapixel kamera untuk korang yang kaki selfie.

Dibahagian belakang Xiaomi Mi Play ini juga terdapat Fingerprint sensor dan mempunyai battery sebesar 3000mAh.

Bila bercerita tentang apa yang menarik pasal Xiaomi Mi Play ni, dah tentulah package free internet yang ditawarkan oleh Xiaomi. Xiaomi akan berikan sim card percuma yang mana sim card ini akan berikan pengguna internet percuma selama 12 bulan. Kelajuan internet yang ditawarkan adalah 10GB high speed internet setiap bulan!

Bagi harga pulak, boleh dikatakan Xiaomi Mi Play smartphone budget yang sangat murah iaitu cuma 1,009CNY ataupun lebih kurang RM670++. Bagi smartphone yang yang didatangkan dengan internet high speed percuma selama setahun, Xiaomi Mi Play boleh dikatakan sebuah smartphone yang sangat berbaloi untuk dibeli.

Cumanya ada satu benda saja yang buat spoil dekat Xiaomi Mi Play ni iaitu smartphone ini cuma dijual di China sahaja. Buat masa ini Xiaomi tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk membawa smartphone Xiaomi Mi Play ini ke negara lain.

Dah ada data free ni, boleh layan lagu-lagu ngetop kat bawah ni. Amacam?

KATALAKI: Harap-harap Xiaomi boleh bawak Xiaomi Mi Play ni ke Malaysia!

Last modified: 8 January 2019