Smartphone Kamera Selfie Terangkat!

Gadget, Tech

Minggu ini telah berlangsung majlis pelancaran smartphone terbaru daripada Vivo iaitu Vivo V15 dan Vivo V15Pro. Vivo V15Pro merupakan smartphone terbaru pada tahun ini yang meletakan elevating front camera pada smartphone mereka.

Walaupun sebelum ini sudah terdapat smartphone yang membawa ciri elevating front camera seperti smartphone mereka sebelum ini iaitu Vivo NEX, Vivo V15Pro nampaknya telah menambahbaik lagi kamera hadapan mereka dengan memberi megapixel yang lebih besar iaitu sebesar 32 megapixel!

Dengan meletak feature elevating front camera, ini telah membuatkan smartphone ini tidak mempunyai notch dan mempunyai screentobody ratio yang lebih besar iaitu 91.64%. Dengan Super AMOLED Ultra FullView display yang sebesar 6.39 inci, ini membuatkan pengalaman menonton video dan bermain permainan video pada smartphone ini lebih menyerlah.

Untuk kamera belakang, Vivo V15Pro meletakan triple camera feature yang sebesar 48 megapixel untuk kamera utama, 8 megapixel AI Super Wide-Angle dan 5 megapixel Depth. Dengan AI Super Wide-Angle Camera, pengguna boleh menangkap gambar dengan lebih banyak orang dan fuller landscape shots!

Satu lagi feature menarik adalah AI Super Night Mode yang mana pengguna tidak lagi perlu menggunakan tripod untuk menangkap gambar pada waktu malam yang lebih terang dan lebih cantik.

Vivo V15Pro juga turut meletakan feature InDisplay Fingerprint Scanning. Pengguna cuma perlu meletakan jari pada screen untuk unlock smartphone mereka. Feature ini cuma terdapat pada Vivo V15Pro sahaja. Bagi Vivo V15, fingerprint scanner akan terletak pada bahagian belakang smartphone.

Vivo juga dilengkap dengan teknologi terbaru yang dipanggil sebagai Jovi. Jovi merupakan AI personal assistant image Recognizer yang mempunyai access lebih dari 100 e-commerce platform seperti Shopee dan Zalora. Dengan hanya scan barang yang korang minat, AI ini akan direct korang terus platformplatform ini untuk melihat dan membeli product tersebut.

Bagi yang kaki gaming pula, Vivo V15Pro mempunyai feature Game Mode 5.0. Dengan feature ini, pengguna akan dapat merasa Competition Mode yang mana mod ini akan allocates system resources bagi memberikan keutamaan pada game performance dan fungsi DualTurbo yang mana akan reduce framedrop sehingga 300% untuk memberikan pengalaman bermain permainan video yang lebih smooth.

Vivo V15Pro ini dilengkapi dengan Snapdragon 675AIE Octa-core processor, 6GB RAM dan 128GB memory. Ia juga dilengkapi dengan Dual-Engine Fast Charging technology yang mana pengecasan bateri dari 0% kepada 25% dalam masa 15 minit sahaja.

Smartphone ini sudah boleh mula di pre-order bermula 1 March 2019. Terdapat 2 warna yang korang boleh pilih iaitu warna Topaz Blue dan Coral Red.

KATALAKI: So ape pendapat korang dengan Vivo V15Pro ni? Berbaloi ke nak beli?

Last modified: 28 February 2019