Smartphone Pertama Keluaran TikTok

Gadget, Tech

Baru-baru ini syarikat yang membuat aplikasi TikTok iaitu Bytedance telah mengumumkan smartphone pertama mereka. Smartphone yang diberi nama Smartisan Juanguo Pro 3 ini sebenarnya dikeluarkan oleh Smartisan, sebuah syarikat smartphone dari China yang mana telah dibeli oleh Bytedance.

Spec yang ditawarkan untuk smartphone Smartisan Juanguo Pro 3 ini boleh tahan mantap juga. Ia mempunyai screen sebesar 6.39 inci full HD+ AMOLED display. Bagi bahagian processor pula, ia menggunakan Qualcomm Snapdragon 855+. Saing-saing ASUS ROG Phone 2 bro!

Bagi operating system, Smartisan Juanguo Pro 3 dikatakan menggunakan operating system mereka sendiri iaitu Smartisan OS 7. Smartphone ini turut dilengkapi dengan 8GB RAM dan 128GB Storage. Battery yang diletakkan pada smartphone ini juga agak besar iaitu 4,000mAh.

Smartphone Smartisan Juanguo Pro 3 ini mempunyai quad rear camera setup. Camera yang yang diletakkan pada smartphone ini adalah sebesar 48 Megapixel + 13 Megapixel + 8 Megapixel dan 5 Megapixel. Manakala untuk camera hadapan pula adalah sebesar 20 Megapixel.

Salah satu kelebihan smartphone Smartisan Juanguo Pro 3 ini adalah kebolehan untuk membuka aplikasi DouYin, satu aplikasi TikTok versi Chinese dengan hanya swipe up sahaja daripada lock screen. Smartphone ini akan dijual pada harga RMB2,899 dan hanya dikeluarkan di China sahaja buat masa ini. Terdapat tiga warna yang boleh dipilih iaitu warna Black, Green dan Matsutake.

Ini bukanlah kali pertama syarikat social media mengeluarkan peranti mereka sendiri. Sebelum ini Snapchat juga telah mengeluarkan Smartglasses mereka sendiri yang dipanggil Spectacles. Spectacles ini dikhaskan untuk merakam video dan video tersebut akan terus di upload ke aplikasi Snapchat.

Pada tahun 2010, Microsoft juga telah memperkenalkan The Kin, sebuah smartphone yang dikhaskan untuk social media seperti Facebook, Twitter, Myspace dan juga Windows Live. Namun selepas dua bulan dijual dipasaran, smartphone ini telah dihentikan pengeluarannya disebabkan tidak mendapat sambutan.

KATALAKI: Adakah Smartisan Juanguo Pro 3 akan menerima nasib yang sama seperti The Kin?

Last modified: 5 November 2019