Smartphone Screen Boleh Lipat Jadi Kenyataan?

Gadget, Tech

Pada 7 November yang lepas, pihak Samsung telah mengadakan Samsung Developer Conference di San Francisco, USA.

Banyak perkara menarik yang diperkenalkan pada conference ini tapi benda yang buat semua penonton terpegun adalah tentang smartphone terbaru yang bakal dikeluarkan oleh Samsung. Apa yang menarik tentang Smartphone terbaru ini adalah screen boleh lipatnya!

Banyak benda yang kita tidak pasti lagi tentang smartphone ini, tetapi info yang kitorang dapat adalah saiz untuk screen smartphone ini.

Saiz screen untuk smartphone ini adalah 4.58 inci bila korang lipat smartphone ini dan 7.3 inci bila jadikan dia dalam bentuk tablet. Dibahagian screen smartphone ini jugak akan dilindungi dengan elastic cover supaya dapat bertahan bila korang buka dan lipat smartphone ini berulang-ulang kali.

Samsung jugak memberi tahu yang pihak Android akan menambah official support untuk Infinity Flex Display, teknologi yang diberi nama oleh Samsung untuk fungsi screen boleh lipatnya.

Pihak Samsung jugak memberitahu yang pihaknya akan mulakan mass production dalam beberapa bulan akan datang. Macam manalah rupa akhir, spesifikasi dan harga smartphone dari Samsung ni nanti agaknya.

KATALAKI: Lepas ni kita boleh nampak jenama-jenama smartphone lain pun buat bende-bende pelik dekat smartphone dorang.

SUMBER: Pokdet.Net

Last modified: 13 November 2018