Smartphone Tahan Lasak!

Gadget, Tech

Handheld Group, sebuah pengeluar telefon mudah alih tahan lasak hari ini telah mengeluarkan phablet terbaru mereka yang diberi nama Nautiz X6. Gabungan smartphone dan tablet ini membolehkan pengguna menggunakan yang dalam apa situasi dan dimana sahaja.

Nautiz X6 ini dilihat sangat sesuai dengan mereka yang berkerja dalam situasi yang lasak seperti didalam hutan dan sebagainya. Dengan menggunakan MaxGo Android, Nautiz X6 bukan sahaja tahan lasak tetapi still memberikan performance yang padu.

Bukan itu sahaja, Nautiz X6 ini juga menggunakan u-blox NEO-M8N receiver bagi penggunaan navigasi yang lebih tepat melalui GPS, GLONASS, Galileo ataupun BeiDou. Ianya juga masih dilengkapi dengan fungsi smartphone Android 4G/LTE.

Bagi sebuah smartphone yang focus kepada tahan lasak, aku agak terkejut yang smartphone ini juga dilengkapi dengan dual rear camera dengan camera sebesar 13 Megapixel untuk camera belakang dan 5 Megapixel untuk camera hadapan.

Bagi bahagian display pula, 6 inci multi-touch display dengan Corning Gorilla Glass telah diletakan pada pada smartphone ini. Body Nautiz X6 ini pula diperbuat dangan feature IP67 bagi memastikan smartphone ini waterproof, Kalis debu dan juga mampu berfungsi dalam apa jua cuaca.

Kalau tengok dari binaan dia, memang boleh nampak yang Nautiz X6 ini memang direka untuk digunakan dalam persekitaran luar dan perindustrian yang paling mencabar. Phablet Nautiz X6 ini diuji melalui MIL-STD-810G untuk drop test, vibration test, humidity test dan banyak lagi.

Menurut Johad Hed iaitu pengarah pengurusan produk Handheld Group menyatakan menerusi kombinasi kelasakan tahap tentera, Nautiz X6 sememangnya peranti tahan lasak yang telah lama diingini oleh pelanggan mereka.

Handheld bukan sahaja terkenal dalam pengeluarkan phone tahan lasak malah mereka juga pengeluar dan pembekal computer tahan lasak.

KATALAKI: Geng-geng masuk hutan bolehlah try usya-usya Nautiz X6 ni

Last modified: 1 February 2019