Smartphone Terbaharu Holographic Color Effect?

Gadget, Tech

Hari ini pihak Realme telah melancarkan dua smartphone terbaru mereka di India yang dipanggil sebagai Realme 5 dan Realme 5 Pro. Pihak Realme telah menyatakan yang Realme 5 Pro dan Realme 5 akan menjadi smartphone pertama dengan quad camera setup dan 48 megapixel sebagai main sensor untuk Realme 5 Pro yang mana akan dijual di India.

Untuk bahagian spec, Realme 5 akan menggunakan Qualcomm Snapdragon 665 dengan 3GB RAM dan 32GB Storage. Untuk Realme 5 Pro pula, ia menggunakan Qualcomm Snapdragon 712 processor dengan RAM sehingga 8GB dan Storage sehingga 128GB.

Bagi screen display pula, screen untuk Realme 5 adalah sebesar 6.50 inci dengan screen-to-body ratio sebesar 89% manakala Realme 5 Pro dilihat kecil sedikit iaitu 6.30 inci FullHD+ dengan 90.6% screen-to-body ratio. Kedua-dua smartphone ini dilihat menggunakan dewdrop notch pada bahagian hadapan smartphone.

Tak dilupakan kedua-dua smartphone ini akan menggunakan Android 9 Pie sebagai Operating System. Untuk bahagian battery, Realme 5 dilihat mempunyai battery yang lebih besar iaitu sebesar 5,000mAh manakala Realme 5 Pro cuma mempunyai battery sebesar 4,035mAh. Tidak dilupakan Realme 5 Pro akan didatangkan dengan feature pengecasan pantas VOOC 3.0 dan menggunakan cable jenis Type-C.

Dari segi design pula, Realme nampaknya telah meninggalkan design Diamond Cut yang mereka selalu gunakan pada smartphone mereka sebelum ini kepada design terbaru yang dipanggil sebagai Crystal Design. Rekaan ini juga dilihatkan mempunyai dua tona warna yang mana pihak Realme gelarkan sebagai Holographic Color Effect.

Realme 5 Pro didatangkan dengan dua warna iaitu Crystal Green dan juga Sparkling Blue. Untuk Realme 5 ia juga didatangkan dengan dua warna iaitu warna Crystal Blue dan juga Crystal Purple. Aku agak tertarik dengan rekaan Crystal Design dorang ni!

Untuk bahagian camera pula, seperti yang aku cakap tadi kedua-dua menggunakan quad camera setup yang mana untuk Realme 5 Pro akan mempunyai camera sebesar, 48 Megapixel + 8 Megapixel + 2 Megapixel + 2 Megapixel. Untuk Realme 5 pula ia mempunyai camera sebesar 12 Megapixel + 8 Megapixel + 2 Megapixel + 2 Megapixel.

Bagi camera hadapan pula, Realme 5 Pro mempunyai camera sebesar 16 Megapixel manakala untuk Realme 5 pula akan mempunyai camera hadapan sebesar 13 Megapixel. Smartphone ini akan mula dijual di pasaran India pada 4 September 2019.

Harga bagi Realme 5 Pro adalah bermula dari RS13,999 iaitu lebih kurang RM800+ manakala untuk Realme 5 pula bermula pada RS9,999 lebih kurang dalam RM500+. Buat masa ini tiada lagi info bila kedua-dua smartphone ini akan memasuki pasaran Malaysia.

KATALAKI: Aku rasa Realme 5 Pro ni macam berbaloi tapi kita tunggu dulu dia masuk pasaran Malaysia.

Last modified: 20 August 2019