Smartwatch Pakai Kat Kasut?

Gadget, Tech

Rasanya tak sampai 5 bulan Honor lancarkan Smartwatch Honor Band 3 dorang tapi minggu ini dorang keluarkan lagi smartwatch terbaru pulak bersama-sama dengan Smartphone terbaru dorang iaitu Honor 10 Lite.

 

2 Smartwatch terbaru dorang adalah Honor Band 4 dan Honor Band 4 Running. Apa yang bagus dua smartwatch terbaru Honor ni berbanding smartwatch jenama lain? Well bawah ni adalah beberapa feature menarik yang Honor tawarkan untuk Honor Band 4 dan Honor Band 4 Running.

HONOR BAND 4

Honor Band 4 dikatakan sangat berbeza dengan Honor Band 3 yang dorang keluarkan sebelum ini. Terdapat perubahan daripada segi display dan juga beberapa feature lain yang bagi aku nampak agak nice.

 

Smartwatch ini didatangkan dengan full touch screen display yang diperbuat dari 2.5 D Glass dan membuatkan Honor Band 4 ini lebih tahan lasak dan tidak mudah calar. Ianya juga didatangkan dengan Amoled Full HD Display bro! Honor Band 4 mampu bertahan sehingga 17 hari untuk single charge bagi normal use.

Dengan Huawai TruSleep Monitoring, Honor Band 4 mampu untuk monitor tidur korang dan dalam masa yang sama memberi cadangan bagaimana untuk selesai masalah tidur korang seperti insomnia, light and deep sleep, masalah mudah terjaga dan juga irregular sleeping habits.

Honor Band 4 juga turut mampu track bermacam jenis workout seperti outdoor dan indoor running, outdoor cyling dan swimming. Bercerita tentang Swimming, Honor Band 4 boleh digunakan sehingga kedalaman 50 meter dan mampu mengenali pelbagai jenis corak swimming, record swimming speed dan distance.

HONOR BAND 4 RUNNING

Honor Band 4 Running dicipta khas untuk mereka yang jenis suka berjogging. Terdapat beberapa mode yang korang boleh gunakan pada Honor Band 4 Running ini seperti Wrist Mode dan juga Foot Mode. Ianya juga dibina dengan 6 axis sensor dan Running Posture Monitoring Algorithm.

Dengan 6 axis sensor, Honor Band 4 Running mampu mengesan 7 jenis fitness data seperti foot strike pattern dan impact, swing angle, eversion range, step length, cadence dan ground contact time. Datadata ini akan di analyzed untuk enhanced larian korang dan reduce workout injuries.

Untuk Wrist Mode, korang boleh gunakan Honor Band 4 Running sama seperti smartwatch Honor yang lain. Feature yang terdapat pada Honor Band 4 Running seperti time display, step count, activity reminder, incoming call notification, target completion reminder dan lain-lain lagi.

Bagi Foot Mode pula, korang boleh attach Honor Band 4 Running ni pada running shoe korang. Bila dah attach Honor Band 4 Running ni pada kasut korang, dia akan mengesan cara korang berjalan dan berlari dengan lebih advance lagi.

Untuk battery, Honor Band 4 Running ini mampu bertahan sehingga 21 hari untuk sekali charging. Boleh nampak Honor Band 4 Running punya battery lebih tahan daripada Honor Band 4 biasa.

Honor Band 4 cuma didatangkan dengan warna hitam sahaja manakala untuk Honor Band 4 Running didatangkan dengan warna merah dan hijau. Kalau korang berminat or nak usya smartwatch terbaru Honor ni, korang boleh usya dekat official website Honor di hihonor.com.my

KATALAKI: Tengah keliru nak beli Honor Band 4 or Honor Band 4 Running. Yang mana korang rasa berbaloi?

Last modified: 11 January 2019