Smartwatch Premium, Harga Mampu Milik!

Gadget, Tech

Pada bulan ini, Honor telah melancarkan smartwatch terbaru mereka yang diberi nama Honor Watch Magic. Walaupun nama dia agak pelik untuk disebut, smartwatch ini boleh dikatakan smartwatch termurah yang ada dipasaran sekarang dan ianya dilengkapi dengan ciri-ciri premium.

Smartwatch ini telah mula diperkenalkan pada majlis pelancaran smartphone Honor View20 yang dijalankan di Paris baru-baru ini. Kalau dilihat dari segi spec yang ditawarkan untuk smartwatch ini, boleh dikatakan ianya sangat berbaloi dengan harga dia.

REKAAN PREMIUM

Kalau dilihat daripada segi rekaan, bagi aku memang mengancam design untuk Honor Watch Magic ini. Dengan ketebalan 9.8mm, smartwatch ini tidaklah terlalu bulky seperti smartwatch yang ada dipasaran sekarang.

Badan untuk smartwatch ini diperbuat daripada 316L stainless steel yang ringan dan dalam masa yang sama pemakai berasa selesa bila menggunakan Honor Watch Magic ini. Smartwatch ini terdapat dalam dua warna iaitu Black dan Silver.

Display untuk smartwatch ini pula menampilkan 1.2 inci  AMOLED touchscreen dengan resolusi 390 X 390 pixel dan 326 DPI yang membuatkan display untuk Honor Watch Magic ini lebih terang dan nampak lebih bergaya.

SPEKFIKASI PREMIUM

Thanks to dual chipset yang diletak oleh Honor, Smartwatch Honor Watch Magic ini mampu bertahan sehingga 7 hari untuk sekali pengecasan. Dengan dual chipset ini, smartwatch ini mampu balance antara power dan performance bagi memberikan penggunaan optimal kepada pengguna.

Dengan 3 Satellite Positioning System yang telah terbina didalam smartwatch ini seperti GPS, GLONASS dan GALILEO, ianya mampu mengesan pengguna dengan lebih baik dan lebih tepat tidak kira dimana pun pemakai smartwatch Honor Watch Magic ini berada.

Bagi mereka yang inginkan gaya hidup yang sihat, Honor Watch Magic ini mampu untuk support pelbagai jenis aktiviti tidak kiralah aktiviti indoor ataupun outdoor seperti mountain climbing, berenang, berbasikal dan macam-macam lagi.

Smartwatch Honor Watch Magic ini juga bertindak sebagai coach peribadi yang mana pengguna mampu untuk mengubah running courses dan profesional guide dari tahap beginner sehinggalah tahap advanced. Dengan feature ini, korang boleh melihat bagaimana untuk memaksimumkan lagi workout korang.

Daripada segi harga, Honor Watch Magic ini boleh dikatakan antara smartwatch termurah yang ada dipasaran sekarang iaitu sekitar RM500++. Bagi korang yang sedang mencari smartwatch yang murah tapi mempunyai design dan spec yang premium, aku syorkan untuk usha Honor Watch Magic ini website official Honor.

KATALAKI: Nampak ngam, bolehlah beli time gaji keluar nanti hehe

Last modified: 28 January 2019