Sneakerlah 2019 Kembali!

Sembang

Kalau buat mereka yang peminat kasut sejati, confirm setiap tahun akan menanti acara kasut tahunan yang memang happening. Tapi buat yang baru nak berjinak-jinak dengan scene kasut sneakers. Tak sah lah kalau korang tak pergi ke Sneakerlah. Kembali buat tahun ke-5, Sneakerlah untuk edisi 2019 ni menjanjikan aktiviti-aktiviti yang menarik buat para peminat streetwear serta collector kasut yang sejati. Untuk yang tak tahu, Sneakerlah ni merupakan konvensyen khas yang mengumpulkan peminat dan pengumpul kasut sneakers, dengan acara Sneakerlah ini para peminat kasut dapat mencari, membeli, menjual, trade dan berkongsi minat yang mendalam tentang sneakers, senang cerita apa-apa dan semua tentang sneakers dan streetwear dikumpulkan dalam satu acara.

BRENDAN DUNNE & MATT WELTY COMPLEX TURUN PADANG!

Yang kami rasa akan dinantikan ramai peminat sneakers, tentunya kedatangan Brendan Dunne & Matt Welty daripada Amerika Syarikat, mereka merupakan 2 penulis serta personality yang berpengaruh besar daripada platform website ternama Complex.com. Brendan Dunne dan Matt Welty juga sangat dikenali menerusi rancangan talk show mereka berjudul Full Size Run. Brendan Dunne dan Matt Welty akan membuat penampilan selama 2 hari di Sneakerlah dan tak cukup dengan tu, mereka juga akan ikut serta dalam diskusi panel bersama dengan personaliti scene Sneakers yang lain.

BILA GAIS?

Untuk tahun 2019, Sneakerlah kembali ke lokasi asal yang bertempat di MVEC (Mid Valley Exhibition Centre) dan akan berlangsung pada 5 hingga 6 Oktober 2019. Dan apa yang pasti, pada tahun ini dijangkakan akan lebih meriah berbanding pada tahun lepas yang mencatat sebanyak 32,000 kedatangan daripada peminat kasut dan juga berbanding pada tahun 2015 yang menyaksikan sebanyak 15,000 pengunjung pada acara Sneakerlah yang diadakan di Lot 10. “Scene sneakers di Malaysia terus bertambah tahun demi tahun dan tidak menunjukkan tanda-tanda yang ianya akan lenyap begitu saja”, kata pengasas acara Sneakerlah; Bryan Chin.

Image via: Thelaki.com.my

Tahun ni di Sneakerlah juga menyaksi lebih banyak lagi jenama-jenama kasut yang turut serta buat pertama kalinya di Sneakerlah, antaranya seperti Revenge x Storm, New Balance, Carhartt WIP, dan juga jenama streetwear dari LA, Amerika Syarikat; Chinatown Market yang akan melancarkan t-shirt eksklusif Sneakerlah mereka. Selain dapat usha kasut, para peminat yang datang ke Sneakerlah juga akan turut dapat menyaksikan persembahan hebat daripada artist-artist ternama seperti Lunadira, Reddi Rocket, DJ Biggie, Kidd Santhe dan Airliftz x Senna.

OOTD

Image via: Thelaki.com.my

Jadi untuk yang nak usha kasut-kasut daripada macam-macam jenama, kasut baru, yang rare ataupun yang dah terpakai. Maka pastikan korang availablekan diri korang pada 5 hingga 6 Oktober untuk ke Sneakerlah sebab ada macam-macam aktiviti yang menarik. Terutama sekali untuk mereka yang memang gilakan kasut dan streetwear. Oh BTW, Kalau korang ke Sneakerlah nanti, korang disarankan untuk datang dengan pakaian yang sehabis baek dan mantul sebab akan ada 2 photographer streetwear terkenal Shafiq Saleh @shafiqanaksaleh & team photographer terkenal All Is Amazing @allisamazing yang akan merakam gambar-gambar OOTD korang!

Image via: Thelaki.com.my

KATALAKI: Dengar citer akan ada penjualan kasut nasi lemak. Tak caya? KLIK SINI

Last modified: 27 September 2019