Sneakers Pilihan Raja Silicon Valley

Sembang

Tentunya ramai yang tahu kalau di silicon valley, tempat dimana base nama-nama besar dan pakar dalam industri technology. Pakaian yang paling simple adalah pilihan raja-raja tech disana mestilah T-shirt, hoodie dan jeans. Tapi bukan itu je, sneakers atau kasut juga menjadi pilihan mereka juga.

Walaupun diorang nampak simple dengan pakaian jenis macam ni, jangan ingat diorang ni takde taste okay. Bila bab pemilihan sneakers diorang memang level-level bangsawan. Ada yang rare dan mahal nak “arwah” untuk melambangkan status mereka sebagai kelas atasan arena technology.

Untuk para elite ini, kasut sneakers mereka adalah salah satu accessory yang melambangkan kuasa, kreativiti dan eksklusiviti. Jadinya pemilihan sneakers juga harus dilakulakan mengikut trend & gaya semasa.

Menurut sumber Business Insider dan team marketplace sneakers ternama, kasut Flight Club. Mereka telah kompilasi dan confirmkan kasut-kasut yang paling mahal, paling rare dan paling cool  yang dipakai oleh founder & CEO ternama dunia technology.

Nike Flyknit Lunar 3 – Mark Zuckerberg, Facebook

Sumber: Getty / Drew Angerer

Warna wolf grey Nike Flyknit pilihan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg. Sejak keluar pada tahun 2012, harga untuk sepasang Flyknit melambung daripada beratus hingga beribu mengikut value ke-rare-an Flyknit tersebut.

Sneakers Flyknit yang Mark Zuckerberg pakai ni sekarang kat kedai memang dah takde dah la. Tapi kalau korang nak, boleh la cari reseller kat Mudah, Lelong atau Ebay. Itu pun kalau ada bosskurr.

Lanvin Suede Low-Top – Satya Nadella, Microsoft

Sumber: Justin Sullivan/Getty

Bila Satya Nadella mengambil tugas sebagai CEO untuk syarikat perisian computer ternama, Microsoft pada tahun 2014. Memang semua tahu Nadella ni ada style fashion yang tertentu. Memang sejenis yang akan pilih kasut sneakers high-end.

Nadella memilih jenama sneakers daripada Perancis brand Lanvin. Nampak stylish dan simple, tapi harga sepasang kasut ni bernilai lebih kurang $525. Kalau convert agaknya berapa riban dah tu.

Lanvin Men’s Cap-Toe Leather Low-Top – Sundar Pichai, Google

Sumber: Ramin Talaie/Getty Images

Bukan CEO Microsoft sorang je yang sukakan sneakers jenama Lanvin ni. CEO Google, Sundar Pichai pun pakai brand ni jugak. Tapi Sundar Pichai punya sneakers version all-black.

Nampak smart gila kan?

Rick Owens Island Dunks – Jack Dorsey, Twitter

Sumber: Mike Blake/Reuters

Kalau dekat Silicon Valley, CEO Twitter Jack Dorsey ni memang dikenali dengan taste sneakers yang lebih advance. Di forum media sosial Reddit, ramai yang bertanya sneakers jenis apa yang Jack Dorsey pakai ni.

Selepas diresearch oleh team Flight Club. kasut ni merupakan daripada pereka kasut terkenal, Rick Owens. Rick Owens ni memang terkenal dengan hasil rekaan kasut yang memang cool gila, siap pernah collaborate dengan Adidas lagi.

Nike Roshe 2 Flyknit – Tim Cook, Apple

Sumber: Stephen Lam/Getty

Selain daripada memegang jawatan sebagai CEO Apple, Tim Cook juga merupakan lead independent director untuk Nike. So memang confirm Tim Cook akan pakai kasut brand Nike.

Nike Roshe yang dipakai oleh Tim Cook ni dikatakan dah sold out ya, harap maklum huhuhu.

Converse Jack Purcell – Jeff Bezos, Amazon

Sumber: Kevork Djansezian/Getty

Antara jenama kasut yang tak pernah tak style, confirmlah Converse. Dan Converse jugak menjadi pilihan CEO portal membeli-belah online gergasi Amazon, Jeff Bezos.

Converse yang Jeff Bezos pakai ni memang simple habis, harga pulak baru $65, kira dalam RM267 lah kalau convert.

Nike Air Force 1 ’07 – Daniel Ek, Spotify

Sumber: Michael Loccisano/Getty

CEO kepada Spotify, Daniel Ek, pula pilih antara kasut yang dikatakan paling iconic yang pernah dikeluarkan oleh Nike. Nampak simple dengan all-white Air Force 1 pilihan Daniel Ek ni kan?

“Sepanjang tahun 90-an dan awal 2000-an, Air Force 1 telah menjadi kasut ruji dalam fesyen streetwear” kata team Flight Club.

Lanvin Classic Leather & Suede High-Top – Kevin Systrom, Instagram

Sumber: Mike Windle/Getty

“I’m a sucker for Lanvin sneakers” kata CEO Instagram, Kevin Systrom. Ni lagi sorang CEO yang memang suka dengan kasut jenama Lanvin.

Nike Lunar Flyknit HTM NRG – Elon Musk, Tesla

Sumber: Lily Lawrence/Getty

Dalam banyak-banyak kasut, kasut yang dipakai oleh CEO Tesla, Elon Musk ni antara yang susah nak diverfify oleh Business Insider dan team Flight Club.

Sneakers Nike Lunar Flyknit HTM NRG dikatakan direka oleh Hiroshi Fujiwara, Tinker Hatfield, and Mark Parker dan paling best, kasut ni susah gila nak cari dan mahal pulak tu.

KATALAKI: Agak-agak kat Uptown Kota Dam boleh cari tak kakut-kasut ni?

Last modified: 30 January 2019