Sneakers Terbaik Diinspirasikan Daripada Video Games!

Sembang

Aku bukanlah seseorang yang orang gelarkan sebagai mat sneakers and aku paling tak suka nak spend duit yang banyak dekat benda yang aku selalu pijak-pijak macam kasut contohnya. Tapi baru-baru ini aku tiba-tiba berkenan dekat kasut jenama Skechers yang mana dorang baru keluarkan sneakers versi terbaru hasil collab dorang dengan siri anime terkenal, One Piece.

Pertama kali aku tengok kasut ini aku terus berkenan. Tengok harga alamak mahal juga rupanya kasut-kasut macam ini. Tapi sebab aku dah tangkap cintan, balik kerja aku beli juga akhirnya sepasang. So dapatlah aku merasa kasut mahal Skechers x One Piece Blackbeard edition! Amacam ngam tak? Hahahaha!

So start daripada situ aku mula mencari kasut-kasut yang based on anime & video games and aku ada terjumpa beberapa kasut yang bagi aku agak nice and kalau aku ada duit lebih aku rasa macam nak belilah. So ini adalah beberapa kasut based on video games dan anime yang aku nak share dengan korang.

NINTENDO X VANS

Kasut yang dikeluarkan pada tahun 2016 ini sememangnya membawa kenangan zaman-zaman main game 8-bit yang kena guna video game cartridge. Collab ini menampilkan designdesign permainan video yang popular yang diletakan pada kasut-kasut Vans seperti Sk8-Hi, Old Skool dan SlipOn. Antara design permainan video yang diletakan pada kasut ini adalah daripada game Duck Hunt, Super Mario, Donkey Kong, The Legends of Zelda dan bermacam-macam lagi.

NIKE SB DUNK HIGH PAC-MAN

Hasil collab antara Nike dan Namco ini membawa permainan video klasik yang sangat popular iaitu permainan video PacMan. Kasut yang dikeluarkan pada tahun 2009 ini mengambil inspirasi daripada color scheme yang terdapat pada permainan video PacMan iaitu kuning, merah, dan juga biru. Bagi aku permilihan warna dia sangat-sangat menarik dan membuatkan aku sangat-sangat berkenan dengan kasut ini.

APEX LEGENDS SNEAKERS

Kasut yang aku nak share ini bukanlah design rasmi dan ini hanya designdesign yang dikeluarkan oleh seorang designer CSGO terkenal iaitu Chris Le. Dia ada share beberapa design sneakers yang diinspirasikan daripada watak-watak dalam permainan video Apex Legends. Korang tengok sajalah design dia, memang mantap bro. Aku paling berkenan dengan design Bloodhound x Nike Jordan 4 dia ini, geram je aku tengok!

AIR JORDANS IV “GAME BOY” EDITION

Sama macam design kasut diatas, kasut ini juga bukan collab rasmi antara Nike dan Nintendo. Namun begitu korang still boleh beli kasut ini kerana kasut ini dihasilkan oleh Freaker Sneakers, sebuah company yang popular dengan kasut-kasut custom made dorang. Yang menariknya kasut ini, dibelakang dia terdapat button yang selalu korang nampak dekat Game Boy dan button ini bila akan memberikan feedback apabila ditekan!

KATALAKI: Kalaulah aku banyak duit, dah lama aku beli kasut ini semua!

Last modified: 22 April 2019