SonicGear Keluarkan 2 Active Noise Cancellation Headphone Terbaru!

Gadget, Tech

Baru-baru ini semasa berlangsungnya Leapfroglobal Product Preview Press Conference, pihak SonicGear telah memperkenalkan dua headphone terbaru mereka yang mempunyai feature ANC ataupun dipanggil sebagai Active Noise Cancellation.

Aku berpeluang untuk mencuba kedua-kedua headphone ini dan bagi aku quality dia agak memuaskan. Bagi yang belum pernah dengar jenama SonicGear ini, ia sebenarnya merupakan satu jenama daripada Singapura yang mana memang terkenal dengan barang-barang berkaitan speaker yang dijual pada harga mampu milik.

Aku diberi peluang untuk mencuba dua Active Noise Cancellation headphone dorang yang terbaru iaitu SonicGear Airphone ANC2000 dan juga SonicGear Airphone ANC3000. Jom kita usha mana satu yang sesuai dengan korang.

Untuk bahagian spec, boleh dikatakan kedua-dua headphone ini berkongsi spec yang sama. Driver yang digunakan untuk kedua-dua headphone ini mempunyai saiz yang sama iaitu 40mm dan mempunyai rated power setinggi 25mW.

Battery yang digunakan untuk kedua-dua headphone ini juga mempunyai saiz yang sama iaitu 400mAh dan mampu bertahan sehingga 15 jam bila mod Active Noise Cancellation diaktifkan dan mampu bertahan sehingga 24 jam bila berada pada normal mod.

Bagi charging time pula, SonicGear Airphone ANC2000 dan Airphone ANC3000 akan memakan masa selama 3 jam untuk fully charge. Untuk bahagian bluetooth pula, kedua-dua headphone ini memnggunakan Bluetooth 5.0+EDR yang mana connection-nya mampu pergi sehingga 15 meter.

Sekarang kita pergi ke bahagian design pula. Bagi SonicGear Airphone ANC2000, ianya cuma dikeluarkan untuk satu warna sahaja iaitu warna hitam dan untuk SonicGear Airphone ANC3000 pula dikeluarkan dengan dua versi iaitu White Grey dan juga White Gold.

Kalau ikut aku, aku lagi suka design SonicGear Airphone ANC3000 White Grey sebab nampak lagi lawa dan nampak lebih premium. Oh sebelum aku terlupa, kedua-dua headphone ini boleh dilipat dan boleh disimpan di dalam travel pouch yang disediakan di dalam setiap kotak.

Bagi audio quality, disebabkan kedua-duanya mempunyai spec yang sama jadi bunyi yang dihasilkan pun sama sahaja. Cumanya aku sangat suka feature Active Noise Cancellation dia. Bila korang aktifkan mod ini, korang akan rasa bunyi disekeliling korang umpama disedut dan hilang terus!

Memang satu pengalaman yang agak uniklah bagi aku berbanding dengan headphone yang aku pernah gunakan sebelum ini. Bagi korang yang memang nak dapatkan pengalaman menggunakan Noise Cancellation headphone pada harga marhaen, mungkin ini adalah headphone yang korang cari!

Harga untuk kedua-dua headphone ini adalah RM199 untuk SonicGear Airphone ANC2000 dan RM249 untuk SonicGear Aiphone ANC3000. Aku tak tahu kenapa harga dia lain-lain walaupun spec dia sama. Maybe sebab design SonicGear Airphone ANC3000 lebih lawa kot hahaha!

Kalau Korang tengah mencari headphone yang ada feature ANC dan senang dibawa semasa korang pergi travel tak dilupakan mempunyai harga yang mampu milik, korang klik sahaja dekat SINI untuk SonicGear Airphone ANC2000 dan klik SINI untuk SonicGear Airphone ANC3000!

KATALAKI: Kalau nak satu geng dengan aku, korang kene pilih SonicGear Airphone ANC3000 hahahaha!

Last modified: 9 August 2019