Soundtrack Anime Bikin Tegak Bulu Roma

Sembang

Wahai peminat-peminat hentai. Eh sorry maksud aku Anime! Kali ni aku nak bawa korang throwback saat-saat korang duduk tercongok depan TV layan kartun Jepun atau Anime. Ada juga yang jenis download pastu transfer kat hard disk member tengok ramai-ramai.

Ini antara soundtrack Anime yang pernah popular kat Malaysia. Volume audio kasi up! Tunggu part chorus!

Dragon Ball

Sumber Gambar : www.goboiano.com

Anime bersiri Dragon Ball dah mula ditayangkan dari tahun 1986. Anime ni sangat popular dengan watak Goku, Bulma, Piccolo, Vageta, Majin Buu dan ramai lagi. Sampai sekarang dialog Dragon Ball selalu jadi bahan lawak antara korang kan? “Yang sebenarnya…..Dragon Ball ada 7 biji semuanya”. Jom kita layan soundtrack Dragon Ball.

Slam Dunk

Sumber Gambar : www.slamdunk.wikia.com

Korang ingat lagi tak nama Hanamichi Sakuragi, Haruko Akagi, Takenori Akagi dan Ryota Miyagi? Hanamichi Sakuragi yang famous dengan watak berambut merah juga dikenali sebagai King Of Rebound dalam Anime ni. Slam Dunk boleh dikira sebagai Anime yang cool disebabkan hero yang selamba, ada pasal Basketball, pasal cinta pun ada, gaduh pun ada! Korang play video kat bawah ni. Confirm teringat balik kehebatan Slam Dunk.

Naruto

Sumber Gambar : www.xbox.com

Anime ninja yang ditayangkan bermula tahun 2002 ni antara salah satu anime moden yang digilai ramai sampai ada yang terikut-ikut dengan larian ala-ala ninja dalam Anime Naruto. Uzumaki Naruto, Sasuke Uchiha, Kakashi dan Orochimaru antara watak penting dalam Anime ni. Tapi watak Hokage Tsunade yang korang paling ingat kan? Naruto juga famous dengan soundtracknya yang best-best. So, aku pun rambang mata nak letak lagu yang mana satu. Ni antara 3 soundtrack Naruto yang baek. Cer dengar satu-satu.

Sailor Moon

Sumber Gambar : www.geekzonia.com

Jangan tak mengaku korang pernah tengok Sailor Moon. Dengan kekuatan bulan…Memang betul perempuan lebih ramai yang layan Sailor Moon. Tapi ada je lelaki marhaen yang layan Sailor Moon gak. Sailor Moon kira watak “Kak Long” dalam anime ni. Selain tu juga ada watak Sailor Mercury, Sailor Mars, Sailor Jupiter, Tuxedo Mask dan lain lain. Sila lah layan soundtrack Sailor Moon kat bawah ni. Enjoyy..

Digimon

Sumber Gambar : www.otakumode.com

Digimon atau Digital Monster popular dengan nama monster yang rare boleh ingat sampai sekarang antaranya Agumon, Gabumon, MetalGreyMon, Poyomon dan Togemon pun ada!

Sumber Gambar : www.gematsu.com

 

Digimon siap ada Virtual Pet Digimon yang lahir selepas Tamagotchi. Gempak weh! Boleh lawan dengan member sekolah, time lawan tu siap guna dua jari laju-laju sebab nak menang. Kalau korang ada lagi simpan Virtual Pet Digimon ni memang serius rare! Ada dua soundtrack Digimon yang best. Video kedua tu lagu masa “Digimon, bertukar!”

KATALAKI: Sejujurnya aku tak pernah layan anime sampai habis. Layan separuh jalan. Episod panjang berjela.

Last modified: 31 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *