Bila sebut nama Peter Parker, mesti semua orang tahu yang dia adalah Spider-Man. Tapi tahu ke korang yang bukan semua Spider-Man tu Peter Parker.
Aik, macam pelik je bunyi dia kan. Takpe hari ini aku akan kenalkan korang dengan 5 Spider-Man yang bukan Peter Parker. Sempena movie Spider-Man: Into the Spider-Verse movie yang bakal keluar tak lama lagi, Bolehlah korang borak dengan member korang pasal watak-watak Spider-Man yang banyak ni.
PETER ROSS @ SPIDER-BOY
Apa jadi bila DC bergabung dengan Marvel untuk buat satu watak superhero? Korang cuba bayangkan Superboy, clone kepada Superman digabungkan dengan Spider–Man maka terciptalah Spider–Boy!
Spider–Boy mula diperkenalkan pada tahun 1996 sebagai satu crossover diantara DC dan juga Marvel.
Apa yang membuat watak Spider–Boy ini unik selain dari kostumnya adalah kemampunannya mengawal gravity dan juga Web Pistol yang digunakannya untuk swing ke mana sahaja.
MAY “MAYDAY” PARKER @ SPIDER-GIRL
Setelah berkahwin dengan Mary Jane, Peter Parker telah dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama May Parker, sempena nama mendiang Aunt May.
Semasa sedang berlawan dengan Green Goblin, Peter Parker telah kehilangan sebelah kaki dan mengambil keputusan untuk tidak menjadi Spider–Man lagi dan ingin hidup dengan tenang bersama isteri dan anak perempuan dia.
Walaupun Peter tak pernah bagitahu anak dia yang dia dulunya Spider–Man, May telah mendapat super power seperti ayahnya pada usia 15 tahun dan dalam masa yang sama, cucu kepada Green Goblin iaitu Normie Osborn telah cuba membalas dendam terhadap Spider–Man atas apa yang telah terjadi kepada atuknya.
MIGUEL O’ HARA @ SPIDER-MAN 2099
Pada tahun 2099, Miguel O’ Hara telah mencuba untuk mengkaji DNA original Spider–Man namun tidak berjaya dan telah membuatkan DNA dia sendiri terdedah dan telah membuatkan diri sendiri menjadi Spider–Man.
Miguel merupakan Spider–Man pertama yang berketurunan latino. Spider–Man 2099 telah mula diperkenalkan didalam isu pertama komik Spider–Man 2099 pada tahun 1992.
CINDY MOON @ SILK
Korang pernah tertanya-tanya tak apa yang jadi dekat radioactive spider yang mula-mula gigit Peter Parker? Tahu tak korang yang selepas spider tu gigit Peter Parker, spider yang sama juga telah gigit seorang remaja perempuan yang berada dibelakang Peter Parker.
Dan apa jadi bila orang kena gigit dengan radioactive spider? Orang tersebut akan develop super power sama seperti Spider–Man. Samalah apa yang terjadi dekat Cindy Moon atau nama superhero dia Silk!
Apa yang membuatkan Silk lebih unik dari Spider–Man, Silk punya web bukan keluar dari pergelangan tangan or tech tapi Silk punya web keluar dari semua jari tangan dia.
MILES MORALES @ SPIDER-MAN
Alang-alang movie Spider-Man: Into the Spider-Verse nak keluar tak lama lagi, mestilah kita kena cerita sikit tentang Miles Morales.
Sama seperti Peter Parker, Miles Morales juga mendapat super power dia setelah dia digigit oleh Radioactive Spider. Setelah Peter Parker, Spider–Man yang original mati setelah berlawan dengan Green Goblin, Miles Morales telah menyamar menjadi Spider–Man.
Watak Miles Morales merupakan watak Spider–Man pertama yang yang berkulit hitam dan mula diperkenalkan pada tahun 2011. Watak Miles Morales katanya di inspirasi dari bekas president USA, Barack Obama dan juga rapper terkenal Childish Gambino.
Amacam? Adakah ini first time korang dengar pasal versi Spider–Man ni? Spider–Man versi mana lagi yang korang tahu? Cuba share dekat social media kitorang @thelakione
Kalau korang nak tahu lebih lagi pasal movies yang lama mahupun movies yang bakal keluar. Apa kita dengar podcast daripada 2 brader sempoi “Over Teh Tarik” kat Aiskacang.com.my. Jom layan, KLIK SINI.
KATALAKI: Tahu tak yang jepun pun ade Spider–Man? Klik SINI kalau nak tahu!