Spiderman Amerika VS Supaidaman Jepun

Sembang

Mana satu ori, mana ciplak? Jepun atau US? Ni bukan troll. Memang betul wujud Spiderman versi Jepun yang dipanggil Supaidaman atau Japanese Spiderman.

Spiderman yang dimiliki oleh 3 syarikat gergasi, Sony, Marvel & Disney turut memberikan lesen kepada syarikat penerbitan Jepun, Toei pada tahun 1978 untuk menerbitkan sebuah siri TV, Supaidaman.

Mari kita tengok satu-satu perbezaan Spiderman Jepun dan Spiderman US.

Peter Parker VS Takuya Yamashiro

Korang mesti dah familiar dengan nama Peter Parker dalam Spiderman US sama ada lakonan Tobey Maguire, Andrew Garfield dan Tom Holland.

Kalau Peter Parker seorang remaja dalam fasa high school dan kolej yang nerd, Spiderman Jepun pula menggunakan perwatakan yang berbeza diberi nama Takuya Yamashiro, seorang pelumba motorcross.

Spider Web VS Spider String

Mungkin perbezaan tahun menyebabkan spider web Spiderman Jepun nampak seakan-akan tali. Ye la, masa tu mana ada teknologi green screen dan visual effect. Tapi tali lagi nampak kukuh kan? 

Street Fighting VS Pew Pew Pew

Dalam filem Spiderman US, Spiderman menggunakan kelincahan dan kepantasan ala-ala labah-labah untuk belasah musuh. Lain pula untuk Spiderman Jepun yang gunakan senjata api masa berlawan!

Web Shooting VS Flying Car

Salah satu signature move Spiderman ialah berhayun di tempat yang tinggi untuk ke tempat lain. Tapi Spiderman Jepun bergerak guna kereta terbang! Walaupun siri TV Spiderman Jepun dicipta pada tahun 1978 yang pada masa tu teknologi tidak secanggih filem Spiderman US, tapi Jepun dah buat dulu dah kereta terbang!

KATALAKI: Filem terbaru Spiderman lakonan Tom Holland tengah dalam pembikinan. Dijangka keluar pada Julai 2019. Siapa excited angkat kening.

Last modified: 7 November 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *