Spinoff Fast & Furious – Ini Yang Korang Kena Tahu

Sembang

Filem terakhir siri filem Fast & Furious yang kita tengok kat wayang ialah pada 14 April 2017, bertajuk Fast 8 atau pun The Fate of the Furious. Korang ingat lagi tak jalan cerita dia macam mana? Dalam The Fate of the Furious, The Rock dan Jason Statham pada mulanya bergaduh, bertumbuk, bertampar tapi kemudiannya bergabung dengan keluarga Fast & Furious yang lain untuk selamatkan Vin Diesel yang diugut oleh Charlize Theron , seorang cyberterrorist untuk mencuri senjata nuklear.

Lepas settle The Fate of the Furious, dorang dah announced yang filem Fast & Furious 9 akan ditayangkan pada 19 April 2019 dan Fast & Furious 10 pada 2 April 2021. Laman web denofgeek.com pun ada publish pasal release date ni pada 3 Februari 2016.

Sumber : denofgeek.com

Nasib Setahun!

Malangnya, release date untuk filem Fast & Furious 9 terpaksa ditangguhkan pada 20 April 2020. Yes bro, tahun 2020 baru kita dapat tengok Fast & Furious 9 ni. Kalau korang Google sendiri pun boleh nampak date baru ni. Kena tunggu setahun lagi la nampaknya baru kita boleh layan filem yang penuh dengan aksi tumbuk-menumbuk dan kereta boek cun-melecun ni. Hmmmm.

Apa Punca Fast & Furious 9 Ditangguh??

Disebabkan isu Fast & Furious 9 ditangguh, Vin Diesel pun ada post kat Instagram pasal ni.

 

View this post on Instagram

 

Brotherhood… and all it’s complexities. This scene was filmed in Puerto Rico, I can remember it like it was yesterday. Such a beautiful island, the people were so warm and welcoming. I turned 43 that summer… and my son Vincent was born. A woman named Jan Kelly responded to a question I had asked on Facebook, ‘who they would like to see me work with?’ She said would love to see me work with Dwayne… I listened to her request and he became Hobbs. I know there has been a lot of speculation as to why the Fast 9 release date was pushed… but it would be unfair to say it is anyone’s fault. As we plot the course to expand the Fast & Furious universe, one must be mindful to take stock of the roads we took to get here. The pillars of authenticity, family and most importantly, our loyal fan’s perspective has been instrumental in procuring success. However, like any vehicle that has run around the globe 8 times, the franchise is in need of maintenance. My good friend and the godfather of Universal, Ron Meyer has granted me the time to do just that. We have some very exciting news to share soon… stay tuned. Yours truly, Dom #FamilyAlways

A post shared by Vin Diesel (@vindiesel) on

Kalau korang nak tahu, pembikinan filem Fast 8 agak kecoh dan kelam-kabut juga. Kekecohan ni antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem ni. Ramai yang tak tahu tapi sebenarnya babak antara Vin Diesel dan The Rock dalam filem Fast 8 dilakukan secara berasingan menggunakan teknik kamera yang gempak untuk nampak seakan-akan dorang dalam satu scene yang sama. Padahal tak pun! Memang betul, The Rock dan Vin Diesel dah tak sebulu, dah tak ngam.

Masa The Rock ditemubual oleh majalah Rolling Stone, The Rock sendiri memang mengaku dorang ada salah faham masa tengah shooting filem Fast 8.

Sumber : rollingstone.com

Maknanya Fast & Furious 9 nanti tak confirm lagi The Rock akan berlakon lagi ke tak. Tapi ada juga yang kata, filem spin-off Fast & Furious yang terbaru, Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw yang akan ditayangkan pada 26 Julai 2019 nanti merupakan salah satu punca pergaduhan antara Vin Diesel dan The Rock dan penangguhan filem Fast & Furious 9. The Rock sendiri pun dah tease kita semua kat Instagram pasal filem spin-off terbaru Fast & Furious ni.

Filem Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw ni akan mengisahkan pasal permusuhan yang berlaku antara Hobbs & Shaw lakonan The Rock dan Jason Statham. Korang sendiri boleh nampak betapa bencinya The Rock dengan Jason Statham dalam filem Fast & Furious sebelum ni. So, dalam filem ni nanti kita semua boleh faham kenapa kebencian The Rock tu melampau sangat. Sama-sama kita tunggu filem ni keluar. Trailer pun takde lagi ni.

KATALAKI: Pelakon yang gaduh, kita yang sangap tunggu filem terbaru Fast & Furious.

Last modified: 28 January 2019