Stadium Arab Piala Dunia 2022

Aktif, Bola

Untuk tahun 2018, Piala Dunia FIFA dah settle dekat Rusia hari tu dimenangi oleh pasukan Perancis. Untuk yang tak tahu lagi tu, Piala Dunia FIFA berlangsung 4 tahun sekali. Berselang-seli dengan UEFA Euro yang akan berlangsung pada 2020 nanti, 4 tahun sekali gak.

Negara penganjur untuk Piala Dunia FIFA 2022 kali ni ialah Qatar. Ini kali pertama Piala Dunia FIFA akan dianjurkan dekat negara Arab semenjak tahun 1930, kali pertama Piala Dunia FIFA diadakan. Pasukan kebangsaan bola sepak Qatar dan confirmed akan bertanding nanti sebagai tuan rumah! Jom kita usha stadium yang dibina oleh Qatar, negara yang kaya-raya ni semata-mata untuk Piala Dunia FIFA 2022 nanti.

Al Wakrah Stadium

Stadium ni masih lagi dalam proses pembinaan. Tak siap lagi. Gambar kat atas ni gambar konsep yang dilukis oleh arkitek bila stadium ni dah siap nanti. Stadium ni boleh memuatkan 40,000 orang penonton. Gambar bawah ni masa tengah dalam pembinaan.

Sumber : Al Jazeera/Supreme Committee for Delivery and Legacy

Sumber : Al Jazeera/Supreme Committee for Delivery and Legacy

Lusail Stadium

Stadium ni akan digunakan untuk opening ceremony Piala Dunia FIFA 2022 dan juga untuk perlawanan akhir nanti. Pembinaan stadium ni masih lagi dalam 20% siap. Boleh memuatkan seramai 80,000 orang penonton.

Sumber : Al Jazeera/Faras Ghani

Al Bayt Stadium

Stadium ni boleh memuatkan seramai 60,000 orang penonton. Keistimewaan stadium ni ialah dekat bumbung stadium ni nanti akan mengetengahkan design khemah atau kubah yang popular dekat padang pasir Qatar.

Sumber : Al Jazeera/Supreme Committee for Delivery and Legacy

Education City Stadium

Stadium ni terletak di tengah-tengah kebanyakan universiti dan pusat pengajian di Qatar yang boleh memuatkan 40,000 orang penonton. Sampai peringkat suku akhir Piala Dunia FIFA 2022 nanti, separuh daripada tempat duduk dalam stadium ni akan dikurangkan dan 20,000 tempat duduk akan didermakan untuk membina stadium di negara yang tengah membangun.

Sumber : Al Jazeera/Supreme Committee for Delivery and Legacy

Sumber : Al Jazeera/Supreme Committee for Delivery and Legacy

Khalifa International Stadium

Sumber : Alex Grimm/Bongarts/Getty

Stadium ni dah pun dibina pada tahun 1976 sebenarnya tapi diubahsuai lagi kali kedua untuk digunakan masa Piala Dunia FIFA 2022 nanti. Sebelum ni boleh muatkan 40,000 orang penonton. Lepas renovate, stadium ni boleh muatkan penonton seramai 48,000 orang. Stadium ni la antara stadium yang terawal siap untuk Piala Dunia FIFA 2022. Stadium ni juga pernah digunakan untuk Asian Games dan AFC Asian Cup sebelum ni.

Sumber : Supreme Committee for Delivery & Legacy

Ada beberapa lagi stadium lain yang masih dalam pembinaan untuk Piala Dunia FIFA 2022 nanti antaranya Al Rayyan Stadium, Al Thumama Stadium dan Ras Aboud Stadium. Korang dah excited ke untuk Piala Dunia FIFA 2022? Lek luu. Kita layan dulu UEFA Euro 2020 nanti.

KATALAKI: Kalau kami berjaya beli tiket untuk Piala Dunia 2022 nanti, siapa nak ikut angkat bulu mata.

Last modified: 26 December 2018