Stadium Baru Real Madrid Siap Ada Bumbung Buka Tutup

Aktif, Bola

Selepas Tottenham Hotspur dah rasmikan stadium baru, White Hart Lane baru-baru ni, sekarang ni giliran Real Madrid lak nak renovate stadium dorang, Santiago Bernabeu yang dah pun berusia 72 tahun.

Stadium Baru Tottenham Hotspur. Image Via : edition.cnn.com

Stadium Baru Tottenham Hotspur. Image Via : tothelaneandback.com

Presiden Real Madrid, Florentino Perez dah umumkan yang Real Madrid menjangkakan stadium baru Santiago Bernabeu nanti akan jadi stadium terbaik di dunia. Kos renovation stadium Real Madrid ni nanti dikatakan bakal mencecah sehingga 525 million Euro atau dalam Ringgit Malaysia, korang try convert sendiri. Boleh berpeluh dahi.

Florentino Perez. Image Via : eurosport.com

Proses renovation stadium Santiago Bernabeu akan bermula selepas tamat musim bola sepak Eropah pada Mei 2019 nanti dan dijangkakan siap dalam masa 3 hingga 4 tahun.

Image Via : en.as.com

Florentino Perez ada bagi tahu gak yang pasukan Real Madrid akan terus gunakan stadium Santiago Bernabeu semasa proses renovation sebab kerja-kerja renovation yang berat hanya akan dilakukan selepas tamat musim bola sepak Eropah dan sebelum musim baru bola sepak eropah bermula selama 3 hingga 4 tahun.

Image Via : realmadrid.com

Image Via : en.as.com

Stadium baru Real Madrid ni nanti akan dilengkapi dengan skrin 360 darjah mengelilingi stadium dan bumbung baru yang boleh ditutup dan dibuka. Macam mana rupa stadium baru Real Madrid ni nanti, korang boleh tengok video kat bawah ni.

KATALAKI: Duit dah banyak guna untuk renovate stadium, macam nak beli Neymar dengan Eden Hazard ni?!

Last modified: 12 April 2019