Stan Lee – Perginya Bapa Superhero

Sembang

Stan Lee atau nama sebenarnya Stanley Martin Lieber telah disahkan meninggal dunia hari ini. Stan lee yang berusia 95 tahun telah dimasukan ke Hospital Cedars-Sinai Medical Center, California pada awalnya disebabkan medical emergency.

Di laman sosial seperti Twitter dan Instagram, ramai pelakon-pelakon terkenal yang memberikan tribute terakhir terhadap pemergian penulis dan pelukis lagenda ini.

Antara mereka yang memberikan tribute terakhir adalah Chris Evans, pelakon yang memegang watak Captain America. Katanya “Tidak mungkin akan ada lagi orang yang seperti Stan Lee”.

Tidak lupa juga tribute terakhir dari pemegang watak Hulk, Mark Ruffalo yang berkata “Rest in Power, Uncle Stan

Hugh Jackman yang melakonkan watak Worverine turut sedih dan dia berbangga dapat melakonkan dan menghidupkan salah satu watak ciptaan Stan Lee.


Superhero Guardians Of The Galaxy yang melakonkan watak Star-lord, Chriss Pratt turut merakamkan tribute buat ikon komik Marvel Universe.

Manakala di Instagram pulak, Robert Downey Jr pemegang watak Iron Man turut menyatakan kesedihannya keatas pemergian Stan Lee.

 

View this post on Instagram

 

I owe it all to you,,, Rest In Peace Stan… #MCU #Excelsior #legend #rip #stanlee #TeamStark

A post shared by Robert Downey Jr. (@robertdowneyjr) on

“You’re a Legend my friend”, antara kata-kata daripada pelakon watak Hawk Eye, Jeremy Renner.

 

View this post on Instagram

 

RIP Stan Lee ! You’re a legend my friend #rip #stanlee

A post shared by Jeremy Renner (@renner4real) on

Tak ketinggalan juga Spider-Man versi Avengers, Tom Holland yang mengatakan rasa terhutang budi buat “The Father of Marvel”

Selain tribute daripada “superhero-superhero”, pelakon-pelakon hebat Hollywood juga turut berkongsikan rasa sedih mereka. Antaranya Jamie Lee Curtis, Dwayne The Rock Johnson & pelakon watak Gamora (Guardians Of The Galaxy), Zoe Saldana.

Tahukah korang yang sebelum Stan Lee menjadi seorang pelukis dan penulis terkenal, dia bekerja sebagai seorang penulis obituari di salah satu syarikat cetak di New York. Stan Lee kemudiannya berhenti dari kerja tersebut sebab katanya kerja tersebut terlalu depressing.

Seminggu selepas mula berkerja di Timely Comics, Stan Lee telah diberi peluang untuk menulis 2 muka surat untuk komik Captain America yang bertajuk “Captain America Foils the Traitor’s Revenge”. Karya penuh pertama Stan Lee adalah komik Captain America isu no 5 yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1941.

Tidak dinafikan, pemergian Stan Lee sudah tentunya memberi impak yang besar terhadap dunia komik dan dunia superhero.

KATALAKI: Nampaknya lepas ni takdalah lagi cameo-cameo dari Stan Lee di setiap movie Marvel 🙁

Last modified: 13 November 2018