Statistik Bola Sepak Yang Susah Kita Nak Percaya

Aktif, Bola

Sekarang ni, aksi bola sepak di seluruh dunia terganggu disebabkan kesihatan penduduk dunia yang terjejas, berpunca daripada penularan wabak COVID-19. Kita lah generasi bertuah yang dapat merasai pengalaman tak dapat tengok sebarang aksi sukan secara langsung selama berminggu-minggu terutama sekali sukan bola sepak.

Sementara rakyat Malaysia masih lagi diminta kekal bertenang untuk terus kekal berada di dalam rumah sehingga 14 April 2020 dan dah lama berpuasa daripada bola sepak, ini antara statistik bola sepak yang pelik, yang susah kita nak percaya dan mungkin korang pun tak pernah tahu.

ROY HODGSON LEBIH TUA DARIPADA SANTIAGO BERNABÉU

Pernah korang terfikir untuk membandingkan umur korang dengan stadium? Roy Hodgson yang sekarang ni bertugas sebagai pengurus Crystal Palace, lahir pada 9 Ogos 1947. Stadium rasmi Real Madrid, Santiago Bernabéu siap dibina dan kali pertama dibuka kepada umum pada 14 Disember 1947.

Sejak mula terlibat dalam bidang pengurusan bola sepak pada tahun 1976, Roy Hodgson dah pernah membimbing lebih daripada 20 pasukan termasuk Inter Milan, Liverpool dan pasukan kebangsaan England.

CHELSEA HANYA BOLOS 15 GOL

Sepanjang musim Premier League 2004/05 yang menyaksikan Chelsea, dibimbing oleh Jose Mourinho, berjaya menjulang piala Premier League buat kali pertama dalam sejarah, hanya bolos 15 gol dalam 38 perlawanan.

Sampai sekarang, Chelsea masih lagi memegang rekod Premier League, Fewest Premier League Goals Conceded in a Season dan Most Premier League Clean sheets in a Season. Sebagai perbandingan, Manchester City yang berjaya menang Premier League musim 2018/19, bolos 23 gol.

MANCHESTER UNITED KILANG BAKAT

Sejak tahun 1937, Manchester United tak pernah berhenti melahirkan bintang bola sepak ternama hasil daripada didikan dan tunjuk ajar yang diberikan di akademi bola sepak Manchester United. Bukan je melahirkan bintang bola sepak, tapi Manchester United juga tak pernah gagal untuk menampilkan sekurang-kurangnya seorang pemain yang lahir daripada akademi bola sepak Manchester United dalam setiap perlawanan skuad senior, lebih daripada 4000 perlawanan.

Antara pemain akademi Manchester United yang dah berjaya mencipta nama termasuk lah George Best, David Beckham, Bobby Charlton, Ryan Giggs, Gerard Piqué, Paul Pogba, Marcus Rashford dan ramai lagi.

KATALAKI: Kalau korang nak tahu apa yang pemain bola sepak ternama buat masa dunia diserang COVID-19, boleh tengok kat sini.

Last modified: 26 March 2020