Stock Image Paling Rare

Sembang

Stock Image ialah gambar-gambar yang dimiliki oleh sebuah organisasi atau syarikat dan dibekalkan kepada pihak tertentu yang nak gunakan gambar tersebut untuk tujuan tertentu. Sama ada untuk majalah, poster dan macam-macam lagi. Antara organisasi yang popular dengan bisnes Stock Image ialah Getty Images dan Shutterstock. Korang pun mesti familiar dengan dua organisasi ni kan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sandy Honig (@sandyhonig) on

Kali ni, kami nak kongsikan mengenai Stock Image paling rare yang pernah dihasilkan. Stock Image yang rare ni dicipta oleh Sandy Honig, seorang pelawak yang berasal dari Amerika Syarikat. Stock Image yang dihasilkan oleh Sandy Honig ni juga dikenali sebagai SandyStock. Jom kita tengok rare ke tak SandyStock ni.

Image Via : sandy-honig.com

Image Via : sandy-honig.com

Kebanyakan organisasi Stock Image membayar dan membeli gambar yang ditangkap oleh jurugambar bebas untuk dijadikan hak milik organisasi tersebut. Seterusnya, siapa yang nak gunakan gambar tu, kena bayar kepada organisasi tersebut untuk dapat kebenaran gunakan gambar tu. Tapi ada je gambar Stock Image yang percuma dan boleh digunakan oleh orang ramai.

Image Via : sandy-honig.com

Berbeza dengan SandyStock, gambar Stock Image yang ditangkap semuanya dilakukan di dalam studio dan gambar ditangkap oleh Sandy Honig sendiri. Kalau ada pihak yang nak gambar dengan gaya tertentu, boleh mintak je. Dorang boleh hasilkan. Tapi kena bayar la bro. Kalau nak order, boleh pergi kat laman web www.sandy-honig.com

Image Via : sandy-honig.com

Untuk info, pada tahun 2015, filem lakonan Vince Vaughn dan Dave Franco bertajuk Unfinished Business menggunakan Stock Image sebagai salah satu cara mempromosikan filem ni.

Image Via : adweek.com

Image Via : adweek.com

Image Via : adweek.com

Mungkin korang lebih familiar dengan Stock Image yang bawah ni.

Image Via : dailydot.com

KATALAKI: Kalau nak tengok Stock Image yang lawak-lawak, korang boleh Google je. Mesti jumpa.

Last modified: 4 July 2019