Stop Guna Internet Explorer!

Gadget, Tech

Baru-baru ini pihak Microsoft telah memberikan peringatan kepada website developer untuk berhenti menggunakan Internet Explorer. Pakar keselamatan siber Microsoft, Chris Jackson menyatakan dalam sebuah artikel yang masih banyak syarikat yang menggunakan Internet Explorer bagi menjalankan website mereka.

Menurut sumber daripada laman web TechRadar, Internet Explorer merupakan system perisian windows sejak tahun 1995 dan pernah menjadi browser yang paling popular didunia dengan penggunaan mencecah hampir 95% pada tahun 2003. Namun ia telah dihentikan pembangunan pada tahun 2015 selepas Microsoft mula memperkenalkan Edge.

Disebabkan Internet Explorer tidak lagi dikemaskini, ia tidak akan menyokong standard terkini internet yang telah diperkenalkan. Chris berkata lagi, jika syarikat berdegil untuk masih menggunakan Internet Explorer, ia hanya akan merugikan syarikat mereka bila satu hari nanti mereka perlu menggunakan browser yang baharu.

Didalam artikel yang ditulis oleh Chris, dia tidak menyuruh syarikat-syarikat untuk berubah ke Microsoft Edge atau berpindah ke browser seperti Chrome ataupun Firefox. Dia cuma meminta mereka stop menggunakan Internet Explorer kerana ia akan membuatkan website mereka tidak stabil ataupun bakal berdepan dengan masalah security.

Dia juga menambah yang Internet Explorer bukan lagi satu-satu browser yang ada di zaman ini dan sekarang merupakan waktu untuk berubah ke browser yang lebih baru dan lebih stabil sebelum terlambat! 

KATALAKI: Aku bukak Internet Explorer untuk download Google Chrome or Firefox je hahaha!

Last modified: 13 February 2019