Striker Paling Mantop Untuk FPL GW 13

Aktif, Bola

Yeahhh! Dua minggu Premier League rehat, kini tiba masanya lagi untuk kita menyerabutkan kepala kita untuk update team Fantasy Premier League masing-masing!

Sebelum korang buat keputusan melulu untuk transfer player korang, check dulu kot-kot ada player yang injured masa international break hari tu. Sebelum check tu, korang scroll bawah dulu untuk korang pertimbangkan striker mana yang korang nak beli untuk Gameweek 13 minggu ni.

Sergio Aguero

Tak perlu rasanya nak diperkenalkan lagi. Striker pilihan ramai. Masa international break hari tu, Sergio Aguero tak main satu game pun dengan Argentina. Maknanya Sergio Aguero dapat rehat secukupnya untuk perlawanan minggu ni menentang West Ham. Tapi korang kena ingat, Pep Guardiola suka bagi line-up yang mengejutkan kadang-kadang. Bawah ni harga untuk Sergio Aguero. Meletup.

Aleksandar Mitrovic

Striker yang kadang-kala buat kejutan dengan point yang banyak. Aleksandar Mitrovic pernah dapat 16 points pada Gameweek 3 lawan Burnley! Boleh tengok harga Aleksandar Mitrovic sekali.

Baru-baru ni pula, Claudio Ranieri sah jadi manager baru di Fulham. Mungkin dengan bimbingan Claudio Ranieri, Aleksandar Mitrovic lagi perform depan pintu gol? Tapi perlawanan Fulham lawan Southampton minggu ni merupakan perlawanan pertama Claudio Ranieri bersama Fulham. So, mungkin Claudio Ranieri baru nak tengok dan kaji macam mana gameplay Fulham setakat ni. Untuk korang yang ada bran, boleh la borong Aleksandar Mitrovic.

Raul Jimenez

Prestasi Raul Jimenez nampaknya semakin lama semakin baik. Dua perlawanan sebelum ni, Raul Jimenez berjaya assist satu dan score satu gol menentang Tottenham Hotspurs untuk GW 11 dan menyumbang satu assist masa menentang Arsenal untuk GW 12. Minggu ni, Wolves akan bertemu dengan Huddersfield sebagai tuan rumah. Mungkin Raul Jimenez boleh hat-trick? Nah harga Raul Jimenez untuk tatapan korang.

Ni lah antara tiga striker yang berani kami ketengahkan untuk Gameweek 13 minggu ni. Dua striker Arsenal nampaknya mungkin injured. Firmino pula tak selalu score. Lebih memberi ruang kepada Mo Salah dan Sadio Mane untuk score. Lukaku? Korang fikir la sendiri.😂

KATALAKI: All the best untuk GW 13! Chip Triple Captain korang ada lagi tak?

Last modified: 24 November 2018