Style Rambut Yang Patut Tinggal Di 2018!

Collab, SuperDeals

SuperDeals

Salah satu faktor yang membuatkan seseorang lelaki nampak segak dan kacak tentunya adalah rambut. Rambut ni boleh dikatakan sebagai mahkota lah bagi seorang lelaki.

Sejak kelahiran kedai-kedai barbershop stylo kat Malaysia ni, ramai anak-anak muda yang kini tak lari dengan menandan rambut stylo. Pompadour, skin fade, slick back, eh banyak gak la style rambut yang kita dapat tengok

Menjelang tahun 2019 ni, kitorang nak kompilasikan style rambut yang tak kita semua bawa ke tahun 2019. Dilarang sama sekali, biar tinggalkan ia di tahun 2018 dan sebelumnya…

Separa Skin Fade

Ini adalah style yang tak patutnya kita bawa ke 2019. Rambut macam ni selalu terjadi bila kita ke barber yang tak pasti diorang boleh buatkan ke tak style rambut yang kita nakkan. Nampak macam rambut tak siap, bila tengok sekali lagi macam korang lari sebelum barber tu sempat siap potong.

Roti Bun Diatas Kepala Lelaki

Okay tak salah la sebenarnya kalau nak buat rambut macam ni, tapi kena jugak tengok kesesuaian pemilik rambut tersebut. Kalau dah rasa macam tak boleh nak pull it off, better tinggalkan je rambut style macam ni gais. Move on dan cuba style rambut macam ni.

Bro Cekak Rambut

Ada tahun yang style macam ni memang tengah in. Tapi time tu je la rambut ni nampak stylo. Rambut macam ni adalah untuk bro yang malas nak potong rambut tapi biarkan rambut tu sedang-sedang je sampai boleh dicekakkan. Tapi rasanya biar jelah kita tinggalkan, tak payah nak bawa ke 2019 k.

Sikat Ke Belakang dan Terlebih Gel

Aku tahu korang nak sentiasa bagi rambut tu nampak style teratur dan kemas. Tapi jangan la sampai terlebih gel. Please la guys, this is a no no. Kalau boleh bagi rambut tu nampak kemas, jangan la potong rambut macam style douce macam ni. Tolong lah tinggalkan rambut ni jauh jauh dan jangan bawak ke 2019.

Bila masuk topik bab rambut ni. Kita jangan lupa pulak penjagaan rambut dan kulit kepala. Untuk korang yang membaca ni, aku nak offer kat korang satu deal yang best untuk korang cuci kulit kepala. Ambil la pakej kat Super Deals ni, untuk pencucian kulit kepala, korang hanya perlu bayar RM35 je. Klik kat SINI untuk check out dan alang-alang tu terus beli je lah okays!

KATALAKI: Tak sabar aku nak tengok pulak style rambut dak-dak zaman 2019 nanti!

SuperDeals

Last modified: 30 May 2019