Suara Freddie Mercury Sebenar Dalam Bohemian Rhapsody

Sembang

Filem Bohemian Rhapsody yang dah ditayangkan pada 2 November 2018 baru-baru ni berjaya menang dua anugerah di Golden Globe Awards untuk anugerah Best Motion Picture dan Best Actor. Kami dah pernah keluarkan satu artikel pasal filem mengenai Freddie Mercury ni sebelum ni. Yang belum baca boleh baca kat sini.

Dalam filem Bohemian Rhapsody ni ada beberapa lagu yang dirakamkan semula untuk digunakan dalam filem ni. Antara lagu yang ada termasuklah Somebody To Love, Killer Queen, Love Of My Life, We Will Rock You, Bohemian Rhapsody, We Are The Champions dan banyak lagi. Macam mana pula lagu-lagu ni dirakamkan semula dalam filem ni sedangkan Freddie Mercury dah meninggal pada tahun 1991?

Suara nyanyian Freddie Mercury dalam filem ni sebenarnya diambil daripada master tape yang masih disimpan oleh Queen dan suara Rami Malek sendiri untuk digunakan dalam filem Bohemian Rhapsody. Tapi bukan semua lagu Queen masih ada simpanan master tape dan suara Rami Malek menyanyi tak sama pun macam Freddie Mercury. Cara yang digunakan oleh team produksi filem Bohemian Rhapsody ialah menggunakan suara seorang penyanyi yang memang sama dan sejibik macam Freddie Mercury iaitu Marc Martel.

Marc Martel, seorang penyanyi yang berasal daripada Kanada, lahir pada 16 November 1976. Marc Martel pernah ditemubual oleh iheartradio mengenai filem Bohemian Rhapsody selepas filem ni ditayangkan kepada umum.

Sumber : iheartradio

Kalau korang tak pernah lagi tengok macam mana Marc Martel ni menyanyi dan betul ke suara dia memang sama macam Freddie Mercury, nah silakan layan video kat bawah ni.

KATALAKI: Amacam? Sama ke tak sama?

Btw, tengah layan lagu-lagu Queen ni, tiba-tiba nak dengar playlist “All Time Jam”. Keh keh randommmm…..

Last modified: 12 February 2019