Suara Sebenar Di Sebalik Chucky

Sembang

Korang pernah tertanya-tanya tak siapa pemilik suara sebenar yang digunakan untuk watak Chucky dalam siri filem Child’s Play?

Image Via : indiewire.com

Sebelum ni kami ada buat artikel pasal filem reboot terbaru Child’s Play, korang boleh baca kat sini. Kali ni kita nak tengok siapa pemilik suara Chucky ni.

Brad Dourif, seorang pelakon veteran yang selama ni menyumbangkan suara untuk watak Chucky dalam semua siri filem Child’s Play.  Sebelum ni Brad Dourif pernah gak berlakon dalam filem The Lord of the Rings.

Brad Dourif. Image Via : 7wallpapers.net

Brad Dourif dalam The Lord of the Rings. Image Via : antagonists.fandom.com

Kalau korang ingat-ingat lupa macam mana suara Chucky, cer korang layan video kat bawah ni jap. Scary ke tak scary.

Haritu dekat Wondercon, konvensyen komik yang berlangsung di California, US, pihak produksi filem terbaru Child’s Play dah umumkan yang dorang tak gunakan dah suara Brad Dourif untuk watak Chucky. Buat pertama kali dalam sejarah filem Child’s Play, watak Chucky akan gunakan suara pelakon lain. Suara pelakon mana pula kali ni?

Luke Skywalker. Image Via : digitalspy.com

Kalau korang kenal pelakon yang sinonim dengan watak Luke Skywalker dalam siri filem Star Wars, Mark Hamill yang akan gantikan Brad Dourif sebagai penyumbang suara untuk watak Chucky nanti. Mark Hamill sebelum ni pernah gak menyumbangkan suaranya untuk watak Joker dalam animasi filem Batman sebelum ni.

Image Via : theverge.com

Masa Wondercon, Mark Hamill tak dapat hadir bersama dengan pelakon-pelakon lain dalam filem Child’s Play yang terbaru nanti. Tapi Mark Hamill diperkenalkan sebagai suara baru untuk watak Chucky dalam video kat bawah ni.

KATALAKI: Boleh ke suara Mark Hamill ni lawan tahap seram suara Brad Dourif sebagai Chucky?

Last modified: 21 June 2019