Sudan Selatan Adalah Negara Paling Muda Dan…

Sembang, ZAP, ZeKool

Di bumi ini, kita mempunyai dalam 200 negara yang terwujud dengan lebih daripada 7.5 billion manusia yang bertapak. Jadi memang dunia kita sekarang ni penuh dengan benda atau perkara-perkara yang menarik dengan manusia-manusia yang berbilang kaum dan bangsa.

Jadi kali ni kami nak berikan korang 10 fakta menarik yang pastinya ramai tak tahu. Ada antara yang membuatkan kita semua tak terfikir dengan fakta dan kewujudan tersebut. Okay mari kita usha

TIADA COCA-COLA DI CUBA & KOREA UTARA

Bila kita berada di hari cuaca yang panas, memang untuk sesetengah orang, tekak akan jadi kering dan secara automatic nak hilangkan rasa haus dengan meminum air Coca-cola. Nak nak perasaan mengidam tu datang tak tentu masa. Coca-cola kita tahu sebagai satu jenama yang dikenali umum, dan semestinya air berkarbonat tersebut boleh dapat di mana-mana saja serata dunia. Salah!

Menurut laman web BBC, dua negara iaitu Korea Utara dan Cuba tidak diberikan penjualan Coca-Cola secara rasmi oleh kerana kedua negara ini masih lagi di bawah sekatan jangka panjang perdagangan Amerika Syarikat.

Namun ada yang mengatakan air tersebut masih lagi boleh dicari di kedua negara tersebut cuma ianya lebih mahal daripada harga biasa.

7.5 BILLION POPULASI DUNIA BOLEH MUAT DI L.A

Menurut laman web National Geographic. Total populasi dunia adalah dalam sekitar 7.5 billion dan jumlah tersebut sememangnya sebuah jumlah yang besar. Tapi jika setiap orang daripada 7.5 billion populasi dunia berdiri dari bahu ke bahu, mereka semua boleh masuk dalam 500 batu persegi bandar Los Angeles, Amerika Syarikat.

PULAU PALING PADAT

Santa Cruz del Islote di Kepulauan San Bernardo di pantai Colombia mungkin hanya kira-kira dalam saiz dua bidang bola sepak (atau dua ekar), tetapi pulau buatan tersebut mempunyai empat jalan utama dan 10 kawasan kejiranan. Lima ratus orang penduduk di pulau itu dan berbekal sekitar 155 buah rumah yang ditempatkan. Dengan begitu banyak orang yang masuk ke dalam ruang kecil itu, ia adalah pulau yang paling padat penduduknya di dunia, menurut laman web The Guardian. 

BENDERA WARNA UNGU

Dalam banyak-banyak fakta, ini yang kami rasa antara yang paling menarik. Tahu tak hanya ada 2 negara yang mengunakan warna ungu di dalam bendera mereka. Bendera negara Nicaragua mempunyai lukisan berbentuk pelangi di bahagian tengah yang memapar warna-warna pelangi, termasuklah warna ungu. Manakala bendera negara Dominica mempunyai gambar lukisan burung sisserou parrot yang mempunyai bulu berwarna ungu. Ini membuatkan warna ungu warna yang paling rare sekali dalam bendera negara-negara di dunia.

NEGARA PALING MUDA

Sesetengah negara sudah kita ketahui ada yang dah berusia beratus tahun, sementara ada negara yang mempunyai sejarah negara selama ribuan tahun. Tetapi negara Sudan Selatan atau South Sudan di Afrika Utara hanya mendapat kemerdekaannya dari Sudan pada tahun 2011, ini menjadikan Sudan Selatan negara termuda di dunia.

WEBSITE TRACK POPULASI

Ketika kami sedang menulis ini, terdapat kiraan sebanyak 7,764,789,976 jumlah populasi di dunia. Dan di negara kita saja terdapat populasi sebanyak 32,365,999 daripada tahuhn 1950 hingga ke tahun 2020. Untuk mendapatkan info tentang populasi satu dunia dan populasi untuk setiap negara di dunia, ada sebuah laman web khas Worldometers.info yang mengira secara real-time populasi dunia yang ada. Website tersebut juga mampu menunjukkan kiraan kelahiran setiap bayi dan juga kiraan angka kematian populasi di dunia dalam masa real-time.

BANDAR PALING SELAMAT UNTUK BERBASIKAL

Penduduk di Copenhagen mengayuh sejauh 894,000 batu setiap hari, tidak kisah lah sama ada untuk pergi kerja atau pun ke sekolah. Disebabkan situasi ini lah yang membuatkan Copenhagen, ibukota Denmark sebagai bandar paling mesra dan selamat untuk penguna basikal di dunia.

41 NEGARA IKTIRAF BAHASA ISYARAT

Terdapat anggaran 72 juta orang pekak di seluruh dunia. Terdapat juga kira-kira 300 bahasa isyarat yang berbeza-termasuk Bahasa Isyarat Amerika dan Bahasa Isyarat Antarabangsa serta 41 negara yang mengiktiraf Bahasa Isyarat sebagai bahasa rasmi.

2 NEGARA SECARA RASMI MENGUNAKAN PERKATAAN “THE”

Image via: https://www.gambia.co.uk/

Mungkin dalam pengunaan Bahasa Inggeris, perkataan “The” selalu digunakan untuk mengambarkan sesebuah negara atau nama tempat (macam thelaki :p). Tetapi cuma terdapat 2 negara di dunia yang mengunakan perkataan “The” sebagai nama negara. Dua negara tersebut adalah The Gambia dan The Bahamas.

MANDARIN – BAHASA PALING POPULAR

Image via: https://www.livemint.com/

Terdapat kira-kira 200 juta orang mengunakan bahasa Mandarin Chinese sebagai bahasa kedua. Bahasa Mandarin dibangunkan di China dan merupakan sebahagian daripada keluarga bahasa Sino-Tibet. Bilangan penutur asli terbesar bahasa Mandarin adalah di China, tetapi bahasa Mandarin juga turut digunakan juga di Taiwan, Malaysia, dan Singapura. Ini menbuatkan bahasa Mandarin sebagai bahasa paling popular di dunia.

KATALAKI: Fakta bonus: milo ais yang paling sedap adalah milo ais yang kawan kita punya…

Last modified: 18 February 2020