Sukan Sea 2019 Beri Peluang Skuad Senior Berehat

Aktif, Bola, ZeKool

Kemeriahan kejohanan Sukan SEA 2019 yang melibatkan negara-negara Asia Tenggara antaranya Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor-Leste, dan Vietnam dimulakan dengan berita kurang baik daripada pihak penganjur Sukan SEA 2019 yang kali ni berlangsung di Filipina.

Disebabkan sekarang ni media sosial merupakan aset paling penting di dunia, jadi tersebar luas lah kegagalan pihak penganjur Sukan SEA 2019 untuk menyediakan kelengkapan dan kemudahan kepada pihak yang terlibat dengan Sukan SEA 2019 termasuk atlet-atlet yang bertanding. Kalau korang perasan hari tu, viral jap #SEAGames2019fail kat Twittter dan terbongkar segala kecacatan yang berlaku di Filipina menjelang upacara pembukaan Sukan SEA 2019 yang dijadualkan berlangsung pada 30 November 2019. Mari kita tengok sikit gambar-gambar yang dikongsi menerusi #SEAGames2019fail.

Ini video highlight perlawanan pertama skuad Harimau Malaya B-22 menentang Myanmar untuk acara bola sepak yang berlangsung pada 25 November 2019 hari tu. Korang boleh nampak tak apa yang cuba di “highlight‘ oleh pihak penganjur Sukan SEA 2019 untuk perlawanan ni?

Sukan SEA yang sebelum ni dikenali sebagai Sukan SEAP (South East Asian Peninsular) merupakan acara sukan yang melibatkan negara-negara Asia Tenggara, diadakan setiap 2 tahun sejak tahun 1959. Thailand merupakan negara paling berjaya dalam kejohanan Sukan SEA selepas berjaya menjadi juara keseluruhan sebanyak 13 kali, diikuti oleh Indonesia sebanyak 10 kali dan Malaysia sebanyak 2 kali.

Sebelum Sukan SEA 2019 bermula secara rasmi selepas upacara pembukaan pada 30 November 2019, bola sepak antara acara sukan yang dah bermula lebih awal iaitu pada 25 November 2019 hari tu. Perlawanan pertama skuad bola sepak negara B-22 menentang Myanmar, berakhir dengan keputusan seri 1-1. Pada 29 November 2019, Harimau Malaya B-22 akan bertemu dengan pasukan tuan rumah, Filipina untuk perlawanan kedua. Kalau korang nak tengok jadual penuh perlawanan yang akan ditempuh oleh Harimau Malaya B-22 kat Sukan SEA 2019, boleh tengok kat sini.

Sebelum skuad bola sepak negara B-22 bergerak ke Filipina, kecoh jap la pasal pemilihan pemain yang akan mewakili Malaysia di Sukan SEA 2019. Mula-mula Safawi Rasid diumumkan secara rasmi tidak terlibat dalam Sukan SEA 2019 atas alasan kepenatan.

Bad news kedua yang diterima oleh penyokong-penyokong Harimau Malaya menjelang perlawanan pembukaan acara bola sepak di Sukan SEA 2019 adalah kegagalan Wan Kuzain menyelesaikan masalah dokumentasi sebelum FAM perlu menghantar nama pemain-pemain Harimau Malaya B-22 yang akan terlibat dengan Sukan SEA 2019.

Walaupun seri dalam perlawanan pertama, peluang untuk skuad Harimau Malaya B-22 untuk layak ke peringkat seterusnya masih lagi terbuka memandangkan kebanyakan pasukan yang berada dalam Kumpulan A, boleh dianggap “makanan ringan” untuk skuad Harimau Malaya B-22 berbanding pasukan yang berada dalam kumpulan B. Ditambah pula dengan barisan pemain skuad Harimau Malaya B-22 yang dibarisi oleh tonggak muda yang dikatakan bakal meneruskan legasi skuad senior Harimau Malaya pada masa akan datang antaranya Akhyar Rashid, Syahmi Safari, Dominic Tan, Hadi Fayyadh dan Luqman Hakim.

Kita throwback sikit, Sukan SEA 2017 yang berlangsung di Malaysia, pasukan Harimau Malaya berjaya layak sehingga ke perlawanan akhir menentang Thailand, sayang sekali tewas 1-0 untuk bergelar naib juara.

KATALAKI: Mungkin ada rezeki boleh jumpa pasukan Indonesia di peringkat seterusnya? Tapi kali ni dah tak boleh baling kerusi sebab kerusi stadium kat Filipina pakai cat je.

Last modified: 3 December 2019