Sukan SEA 2019: Luncur Ombak Bukan Setakat Meluncur Je

Aktif

Kejohanan Sukan SEA 2019 yang berlangsung di Filipina dah pun bermula sejak 24 November hari tu sehingga 11 Disember 2019. Rasanya memang dah ramai yang tahu pasal Sukan SEA 2019 kali ni disebabkan pihak penganjur nampaknya gagal untuk menyiapkan kemudahan dan ada lagi kerja pembinaan yang masih dijalankan menjelang upacara pembukaan yang akan diadakan pada 30 November 2019 nanti.

Selain daripada sukan Esports yang buat julung kalinya akan dipertandingkan di kejohanan Sukan SEA, sebenarnya ada lagi sukan lain yang juga akan buat penampilan sulung di Sukan SEA 2019 iaitu sukan luncur ombak. Sebelum acara sukan luncur ombak bermula pada 2 Disember 2019 nanti, kami sempat untuk berjumpa dan berborak dengan pengurus pasukan skuad luncur ombak negara, Muhammad Faisal Daud dan macam-macam benda gak lah kami tanya.

Image Via : thelaki.com.my

PERSEDIAAN SEBELUM SUKAN SEA 2019

Menurut Muhammad Faisal Daud, pada bulan Disember 2018 merupakan detik emas untuk skuad luncur ombak negara yang bernaung di bawah Persatuan Luncur Ombak Malaysia (PLOM) selepas menerima jemputan untuk bertanding di Sukan SEA 2019 Filipina, buat julung kalinya. Pada Januari 2019, segala persiapan untuk membentuk sebuah pasukan yang akan mengibarkan bendera Malaysia dalam acara sukan luncur ombak di Sukan SEA 2019 bermula. Ini termasuklah mencari peluncur Malaysia yang layak bersaing di pentas Asia Tenggara dan sesi latihan yang diadakan di Cherating, Bali, Thailand dan India.

Image Via : thelaki.com.my

PELUNCUR OMBAK MALAYSIA

Seramai 9 orang peluncur berbakat yang dilatih, hanya 5 orang yang dibawa ke Sukan SEA 2019 untuk mewakili Malaysia antaranya Mohd Nazrin Bin Nasruddin untuk kategori Men’s Shortboard, Mohd Suhaimi Bin Hassan untuk kategori Men’s Longboard, Muhammad Didaqt Bin Musaddiq untuk kategori Men’s Shortboard dan Men’s Longboard, Nuar Alia Erika Binti Mohd Azmi dan Mona Rasidah Binti Abdul Rasid untuk kategori Women’s Shortboard.

Image Via : thelaki.com.my

WARNA PINGAT SUKAN LUNCUR OMBAK

Pingat Emas. Itu mentaliti yang ditanamkan oleh Muhammad Faisal Daud sebagai pengurus pasukan kepada atlet-atlet luncur ombak Malaysia yang akan berentap dengan peluncur-peluncur dari negara Asia Tenggara yang lain di Sukan SEA 2019. Muhammad Faisal Daud ada bagi tahu gak, walaupun menang atau kalah dah memang adat pertandingan, secara keseluruhannya skuad luncur ombak Malaysia diharapkan dapat bawa balik sebarang pingat tanpa mengira warna. Tapi sebelum acara luncur ombak bermula, mentaliti juara dah pun diterapkan dalam jiwa peluncur negara yang akan berjuang demi Malaysia untuk mengejar pingat Emas.

 

View this post on Instagram

 

For the first time ever, the sport of Surfing is acknowledged to a bigger stage which is SEA Games. We are proud to see our local surfers representing Malaysia against other countries of Southeast Asia. Rip Curl has been supporting the surfing scenes for so many years and finally we are proud to be able to sponsor our local surfers for this upcoming SEA Games. Good luck team and make us proud! 🏄‍♂️🏄‍♀️🤙 Check out more photos in our facebook. #RipCurl #RipCurlMy #RipCurlSG #LiveTheSearch #MadeForWaves #Beach #BeachBod #Swim #SurfLife #SurfGear #BeachLife #SeaGames2019 #Surfers #SurfWithRipCurl

A post shared by Rip Curl Malaysia (@ripcurlmy) on

CARA NAK MENANG LUNCUR OMBAK

Mungkin ada lagi yang masih kurang faham macam mana pembahagian markah berlaku dalam sukan luncur ombak untuk menentukan peluncur mana yang layak bergelar juara. Menurut Muhammad Faisal Daud, di Sukan SEA 2019 nanti, peluncur akan diberi masa selama 25 minit untuk mencari 10 ombak dan meluncur. Hanya 2 ombak terbaik yang dilakukan oleh setiap peluncur akan diambil kira dan dimasukkan dalam markah akhir. Markah tersebut diambil kira oleh pengadil berdasarkan pilihan ombak, skil yang ditunjukkan semasa meluncur, berapa lama meluncur di dalam ombak dan finishing.

Image Via : thelaki.com.my

SATU-SATUNYA HALANGAN PELUNCUR OMBAK

Satu je jawapan yang kami terima bila kami tanya Muhammad Faisal Daud apa halangan atau cabaran yang selalu diterima oleh peluncur ombak selain daripada kecederaan. Jawapannya adalah mother nature. Mother nature atau alam semulajadi yang dimaksudkan oleh Muhammad Faisal Daud adalah faktor angin, gelora dan ombak. Walaupun peluncur tersebut merupakan peluncur terbaik di dunia, tapi kalau peluncur tersebut tak dapat nak sesuaikan diri dengan angin dan ombak yang susah nak diramal, belum tentu lagi peluncur tersebut boleh menang. Masa ni la mentaliti peluncur untuk bijak menggunakan situasi alam semulajadi diperlukan.

Image Via : thelaki.com.my

CARA UNTUK JADI PELUNCUR OMBAK MALAYSIA

Muhammad Faisal Daud ada bagi tahu yang ada banyak pertandingan meluncur yang selalu dianjurkan oleh Persatuan Luncur Ombak Malaysia (PLOM) dengan kerjasama Rip Curl Malaysia dan SafariX di Malaysia, terbuka untuk orang ramai. Masa pertandingan ni lah wakil daripada Persatuan Luncur Ombak Malaysia (PLOM) akan memantau peluncur-peluncur yang boleh digilap untuk mewakili skuad luncur ombak Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

Without the @cheratingboys SAFARI X is nothing, this is all for you boys! And girls! Cc @qadejasurf hehe and her girls squad! We can’t mention all your names, but you know who you are boys and girls and the lovely community and people of Kg Cherating!Sama2 kita doakan kejayaan dan keselamatan anak2 surfer kita. In shaa Allah, Amien. . . Sending off our riders today, so RIDERS! You’ve made us all happy and proud. Come back safe, with or without medals, you guys are TRULY CHAMPIONS. All the best @yen_surf @didaqtsurf @semmycher (missing Semmy here, he flies of on 28th) @moena_rashid and of course @aliablackgirl 💪🏼👍🏼🤙🏼 . . #safarix #safarixtreme #welovewhatwedo #surfing #surfers #fortheloveofsurfing #malaysia #roadtoseagames #seagames2019 #sukansea

A post shared by 🅂🄰🄵🄰🅁🄸 🅇🅃🅁🄴🄼🄴 (@safarixtreme) on

Selain daripada pertandingan, ada gak program pembangunan yang dianjurkan oleh Persatuan Luncur Ombak Malaysia (PLOM) bersama Rip Curl Malaysia dan SafariX untuk mendedahkan lagi sukan luncur ombak kepada generasi muda. Muhammad Faisal Daud ada tegaskan, terlibat dengan sukan luncur ombak ni bukan setakat kerja nak meluncur je. Peluncur ni sebenarnya seorang manusia yang peka dengan alam sekitar. Pembersihan pantai dan laut, menjaga hidupan laut, semuanya dah dididik dan diterapkan dalam jiwa peluncur.

KATALAKI: Dah boleh start follow Facebook Persatuan Luncur Ombak Malaysia (PLOM) lepas ni kalau korang nak tahu bila dan kat mana ada pertandingan luncur ombak.

Last modified: 29 November 2019