Sunset Overdrive Confirm Dikeluarkan Di PC!

Game, Tech

Pada minggu ini, Pihak Insomniac Games telah mengeluarkan kenyataan yang permainan video Sunset Overdrive akan dikeluarkan untuk PC melalui Twitter rasmi mereka.

Sunset Overdrive merupakan permainan video aksi thirdperson shooter yang dikeluarkan pada tahun 2014 khusus untuk konsol Xbox One. Game ini mengisahkan tentang salah seorang pekerja FizzCo, pengeluar minuman tenaga di bandar Sunset City.

Disebabkan minuman tenga terbaru mereka iaitu OverCharge Delirium XT, orang yang minum minuman ini mula bertukar menjadi mutant dan mula menyerang orang ramai dibandar Sunset City.

.
Orang ramai yang bertukar menjadi mutant ini dinamakan sebagai OverCharge Drinker ataupun OD. Terdapat beberapa OD khas didalam game Sunset Overdrive ini yang korang perlu lawan sebagai contohnya Hecker, OD yang besar dari OD biasa dan mempunyai 3 tangan yang mampu membaling OD biasa untuk menyerang pemain.

Ataupun korang akan berjumpa Norton Dragon, Big Boss dalam game Sunset Overdrive ini yang telah bergabung dengan patung naga setelah minum air OverCharge Delirium XT.

Bagi pengguna PC, Korang boleh dapatkan permainan video Sunset Overdrive ini bermula besok di Windows Store juga Steam.

KATALAKI: Ini jelah game “eksklusifXbox One yang menarik dan best.

Last modified: 16 November 2018