Superbike Paling Selamat Guna Peranti Blackberry?

Aktif, Tech, ZAP, ZeKool

Pada zaman 2020 ni, kita dah disajikan dengan bermacam jenis-jenis teknologi yang lebih pintar, antaranya seperti telefon pintar, TV pintar, tak lupa juga dengan cermin pintar. Cuma kereta terbang je masih lagi dalam pembikinan dan belum direalisasikan lagi. Tapi macam mana pula dengan motorsikal pintar?

Sebuah syarikat permotoran yang berasas di Kanada; Damon Motorcycles telah melancarkan produk flagship pertama keluar mereka yang dikatakan bakal merevolusikan pasaran industri permotoran dengan sebuah superbike elektronik yang boleh mengikut dan faham gaya dan cara penunggang motor superbike tersebut.

Superbike elektronik yang syarikat tersebut gelarkan sebagai “Damonized” boleh mengenalpasti kawasan lalu lintas yang menyebabkan kemalangan, menjangkakan ancaman berpotensi dari sisi, depan dan belakang, dan menggunakan maklumat yang dikongsi daripada pemilik superbike Damon Hypersport lain untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya untuk semua orang.

Dengan lebih 200rpm dan 200nm kuasa tork, kelajuan maksimum 200mph, superbike Damon Hypersport dijangkakan bakal menjadi motosikal jarak jauh yang paling berkuasa. Superbike ini dilengkapkan dengan sistem peringatan amaran 360º untuk Motosikal (AWSM) yang dikuasakan oleh peranti BlackBerry QNX technology yang sentiasa berfungsi mengimbas jalan raya untuk ancaman yang berpotensi. Ini memberikan amaran yang lebih jelas kepada penunggang serta memberikan penunggang beberapa masa yang ada untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku ancaman kemalanggan.

Sistem pintar yang dikenali sebagai CoPilot dilengkapkan dengan pelbagai jenis sensor yang antaranya dilemgkapkan dengan kamera dari beberapa sudut. Tak lupa juga, superbike ini didatangkan khas dengan AI yang mampu menyediakan info kelajuan dan pergerakan arah tuju sebanyak 64 objek disekitar superbike ini. CoPilot superbike ini juga mempunyai haptic feedback vibrations di handlebar dan lampu LED amaran untuk penunggang.

Pada Oktober 2018, syarikat yang beroperasi di Vancouver, Kanada ini melancarkan prototaip Damon X berdasarkan daripada motorsikal Yamaha R1M. Yang menarik sekali tentang superbike Damon Hypersport ini juga ianya didatangkan dengan sistem dimana penunggang boleh mengubah cara menunggang motorsikal ini tanpa perlu menghentikan perjalanan. Ini memberikan penjimatan masa yang lebih buat penunggang.

Selain mempunyai fungsi-fungsi yang canggih dengan sistem pintar. Superbike ini juga dilengkapkan khas fungsi sambungan Wifi, Bluetooth dan 4G connectivity. Damon Hypersport elektronik superbike ini bermula dengan harga pasaran $24,995.

“Kami menghabiskan tiga tahun terakhir membangun platform e-motor berkuasa AI, yang disambungkan sepenuhnya, yang menggabungkan CoPilot, sistem amaran eksklusif 360º kami … Motosikal Damon Hypersport ini adalah motosikal elektrik yang paling selamat, paling advance di pasaran” menurut Jay Giraud, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Damon Motorcycles.

Buat para peminat jentera berkuasa tinggi, ianya mungkin adalah superbike impian yang mempunyai kuasa serta dilengkapkan dengan sistem pintar yang canggih dan tentunya memberi keselamatan buat si penunggang. Daripada segi design juga, ianya kelihatan garang, kemas dan teratur. Mungkin juga ini adalah superbike dengan ciri-ciri teknologi seakan pengeluar kereta Tesla.

KATALAKI: Motorsikal zaman sekarang pun dah ada teknologi futuristic…

Last modified: 3 February 2020