Superhero² Yang Patut Dimasukkan Ke MCU

Sembang, ZAP

Marvel Cinematic Universe (MCU) sememangnya sudah menjadi franchise yang terkenal bagi watak-watak superhero Marvel. Filem ‘Avengers: Endgame’ pun sudah menjadi filem paling laris di dunia. Banyak juga superhero yang kita dapat tengok dalam MCU, dan ada juga superhero yang kita tak akan dapat tengok lagi lepas ni. Tapi kalau ikutkan komik Marvel, ada beratus lagi superhero yang belum lagi membuat kemunculan dalam MCU. Ada pun beberapa nama yang selalu disebut-sebut akan muncul dalam MCU, tapi kita masih belum berkesempatan lagi untuk tengok superhero ni beraksi. Jadi kali ini Thelaki akan senaraikan beberapa watak superhero Marvel yang sepatutnya dimasukkan sekali dalam franchise paling gempak di dunia, iaitu Marvel Cinematic Universe. 

WOLVERINE

Watak Wolverine ni boleh kira sebagai watak paling popular lah dalam X-Men. Walaupun watak Wolverine ni agak kasar, tapi ia merupakan watak yang penting sebagai penghubung antara filem-filem X-Men yang lama dengan yang baru. Dalam filem terakhir Wolverine iaitu ‘Logan,’ bagi para peminat ia merupakan satu moment yang sedih kerana akhirnya Wolverine menghembuskan nafas terakhirnya. Tapi dengan berakhirnya watak Wolverine dalam franchise X-Men, ia sedikit sebanyak telah membuka ruang untuk watak ini diserap masuk ke dalam MCU dan diberikan nafas baru. Mungkin selepas ‘Endgame,’ ini lah masa yang sesuai untuk memperkenalkan watak ‘serigala’ ini. 

REED RICHARDS

Reed Richards merupakan salah seorang ahli dalam kumpulan adiwira Fantastic Four. Yang tangan boleh panjang-panjang macam getah tu dia lah. Mengikut komik Marvel, Reed Richards merupakan salah satu adiwira Marvel yang terawal bersama dengan Fantastic Four. Dia merupakan seorang saintis yang berpengalaman, dan juga kaya. Macam Tony Stark juga lah, kaya dan juga bijak. Dengan ketiadaan Tony Stark selepas ‘Endgame,’ mungkin ini adalah masa terbaik untuk memperkenalkan watak yang boleh mengantikan empayar Stark. Mengantikan Tony Stark tu actually in terms of duit lah sebab selama ni Tony Stark yang banyak melabur untuk Avengers. 

BLADE

Blade ni kira popular lah juga dulu sebab aku pun suka tengok filem ‘Blade: Trinitytu. Baru-baru ni Wesley Snipes ada buat pengumuman yang dia bakal memainkan semula watak Blade ni dalam filem Blade yang seterusnya. Mungkin ini akan membuka ruang untuk memasukkan watak Blade ni ke dalam MCU. Kalau ikut komik pun Blade ni akan direkrut oleh Nick Fury untuk join Avengers. So harap-harap akan datang boleh lah masukkan Blade dalam MCU.

LEGION

Siapa dekat sini peminat drama siri Legion? Mungkin tak ramai yang tengok cerita ni tapi Legion merupakan watak yang mempunyai kaitan dengan dunia X-Men, dan Legion ni sebenarnya anak kepada Professor X. kekuatan Legion ini berkait rapat dengan trauma dan kesihatan mental yang agak kuat. Kuasanya juga lebih kurang macam ayahnya, tapi lebih kuat bila tak dapat dikawal. Watak yang menarik macam ni memang patut dimasukkan ke dalam MCU pasca Endgame.

SHE-HULK

Kalau ada Hulk lelaki, mesti lah kena ada Hulk perempuan. Menurut komik Marvel, Jennifer Walter pertama kali mendapat kuasa Hulk selepas melalui satu proses pemindahan darah secara kecemasan dengan sepupunya, iaitu Bruce Banner. Dalam siri animasi, She-Hulk dah muncul untuk beberapa kali. Walter tidak lah seperti sepupunya yang hilang kawalan bila bertukar menjadi Hulk. Walter mampu mengekalkan tahap intelektual yang tinggi dan kawalan emosi semasa menjadi She-Hulk. Ini menjadikan dia aset penting dalam Avengers. Mungkin kali ini kita dapat tengok She-Hulk muncul dalam MCU pula dan mungkin boleh jadi pesaing Bruce Banner. 

SPIDER-WOMAN

Jangan keliru Spider-Woman dengan Spider-Gwen dalam filem ‘Spider-Man: Into the Spider-Verse.’ Spider-Woman merupakan alter-ego Jessica Drew, yang juga merupakan sahabat baik kepada Carol Danvers (Captain Marvel). Jadi dengan adanya Carol Danvers dalam MCU, ini memungkinkan kemunculan Spider-Woman ke dalam MCU juga selepas ini. Tadi dah ada Hulk versi perempuan, so kena lah ada juga adiwira lelabah versi perempuan. 

BETA RAY BILL

Dalam komik Marvel, watak Beta Ray Bill merupakan watak pertama yang dianggap layak untuk memegang tukul Mjolnir. Tapi itu tidak menjadikan Thor dan Bill sebagai musuh, tetapi menjadi sekutu kuat seperti yang boleh dilihat dalam ‘The Super Hero Squad Show.’ Untuk kesinambungan watak ini ke dalam MCU pula, ianya mungkin terjadi disebabkan bumi sekarang (selepas Endgame) lebih terdedah kepada ancaman makhluk angkasa lain. Walaupun Mjolnir dah berkecai semasa ‘Thor: Ragnarok,’ ia tidak menjadi halangan untuk Beta Ray Bill muncul.

Dikhabarkan pelakon tersohor Christian Bale bakal memegang watak Beta Ray Bill ini, namun masih tiada lagi berbincangan yang kukuh. Kalau nak tahu watak apa yang mungkin Christian Bale akan memainkan dalam filem-filem keluaran Marvel Studios, korang boleh baca kat SINI.

MOON KNIGHT

Ini lagi satu antara watak superhero yang menarik dalam komik Marvel. Moon Knight mempunyai kekuatan superhuman yang luar biasa, dipengaruhi kuasa bulan kerana hubungannya dengan dewa bulan dari Mesir yang digelar Khonshu. Latar belakang yang penuh mistik ni dilihat sesuai untuk dimasukkan ke dalam franchise Dr. Strange, sekaligus meletakkan watak Moon Knight ke dalam MCU.

Kalau nak tahu lagi lebih info yang wajib korang tahu tentang watak Moon Knight, korang baca kat SINI.

IRONHEART

Dengan tiadanya Tony Stark dalam MCU, maka tiada siapa yang dilihat mampu untuk menyambung legasi perisai Iron Man yang sangat sinonim dalam MCU. Riri Williams pertama kali muncul dalam siri komik ‘Invincible Iron Man’ sebagai seorang pelajar kejuruteraan yang mampu membangunkan perisai Iron Man sendiri. Dengan sokongan Tony Stark, dia menjadi superhero sepenuh masa dengan menggunakan nama Ironheart.

Siri animasi yang memaparkan watak ini juga dah ada (Marvel Rising: Heart of Iron). Jadi mungkin ini masa yang sesuai, selepas ketiadaan Tony Stark, untuk mempekenalkan watak Ironheart ke dalam MCU. Walaupun dah ada War Machine sebagai superhero yang memegang perisai seperti Iron Man, tapi ia tidak cukup. Riri sebagai Ironheart akan memberikan kelebihan kepada team Avengers sebagai adiwira muda, disamping kebijaksanaan Shuri (adik T’Challa) dan Peter Parker untuk memastikan New York selamat.

KATALAKI: Demi menyambung legasi Avengers terdahulu, harap watak-watak superhero ni boleh di perkenalkan ke dalam MCU…

Last modified: 30 July 2020