Superhero Malaysia Ada Dalam Game Marvel?

Game, Tech

Baru-baru ini syarikat Netmarble telah mengumumkan beberapa watak baru untuk permainan video mereka iaitu Marvel: Future Fight. Bagi korang yang tak tahu, Marvel: Future Fight merupakan satu permainan video mobile yang dikeluarkan untuk peranti IOS dan juga Android pada tahun 2015.

Dalam permainan video ini terdapat lebih daripada 200 watak yang korang boleh pilih dan ianya terbahagi kepada 3 tier. Tier yang pertama boleh level up sehingga level 60, tier yang kedua dan ketiga pula boleh level up sehingga level 70.

Korang akan membentuk satu team dan dalam team tersebut korang boleh mana-mana watak dalam Marvel dan korang juga mengawal setiap satu watak tersebut. Jadi apa yang menariknya dengan watak terbaru yang ditambah dalam permainan video Marvel: Future Fight ini?

Watak-watak terbaru ini merupakan pasukan baru dalam Marvel yang dipanggil sebagai Warriors of the Sky dan setiap ahli dalam kumpulan ini adalah watak-watak daripada negara-negara Asia. Watak-watak ini akan menyertai dua watak lain dari Asia iaitu Luna Snow dan juga Crescent & Lo.

Terdapat empat watak dalam pasukan Warriors of the Sky ini dan mereka semua mewakili empat negara iaitu Malaysia, Thailand, Vietnam dan juga Taiwan. Ya korang tak silap baca, memang akan ada watak superhero daripada Malaysia! Jom kita mengenali watak-watak pasukan Warriors of the Sky ini!

SUN BIRD

Dicipta sebagai Guardian of the South, Sun Bird merupakan seorang lanun yang menjaga lautan di tahun 1600 dari Malaysia. Sun Bird ataupun Burung Matahari mempunyai dua bilah keris dan mempunyai kuasa untuk menyembuhkan ahli pasukannya.

SHADOW SHELL

Shadow Shell merupakan superhero dari Taiwan. Dengan menggunakan senapang berteknologi tinggi, Shadow Shell bertindak sebagai seorang penembak tepat dan juga pakar dalam mengatur strategi. Selain itu dia juga mempunyai Ba Gua Energy Shield dan juga imun kepada serangan toksik.

WAR TIGER

Superhero yang berbadan sado ini berasal dari Thailand dan merupakan seorang jeneral dari zaman purba. War Tiger bukan sahaja mempunyai badan yang besar, senjata yang dia gunakan juga bukan biasa-biasa. Dengan menggunakan senjata Tiger’s Fang, dia mampu untuk melawan musuh dalam pertempuran jarak dekat!

BLUE DRAGON

Blue Dragon mempunyai kelebihan yang sangat unik berbanding watak-watak yang lain. Dia mampu untuk mengubah apa saja yang dia sentuh untuk menjadi senjata berbentuk naga. Blue Dragon yang menggunakan lembing pusaka keluarganya ini berasal daripada keluarga bangsawan Vietnam.

Permainan video Marvel: Future Fight ini boleh dimuat turun secara percuma di Playstore dan juga di App Store.

KATALAKI: Design Sun Bird tu macam brader keje bartender pun ada aku tengok hahaha!

Last modified: 5 November 2019