Superheroes Ada Kembar Jahat?

Sembang

Semua orang tahu yang setiap superhero semestinya akan ada supervillain dorang sendiri, satu musuh ketat yang sememangnya dicipta untuk berlawan dan menjatuhkan superhero dan setiap supervillain mempunyai perwatakan yang berbeza dengan superhero mereka. Contohnya seperti Batman dan Joker.

via GIPHY

Joker merupakan seorang yang berpandukan kepada sifat chaos manakala Batman pula lebih kepada order dan ini membuatkan keduanya-duanya sempurna satu sama lain. Tapi kadang-kadang, Marvel dan DC ada juga buat supervillain yang bukan saja mempunyai sifat yang sama seperti superheroes tapi rupa dan design dorang juga sama! Hari ini aku akan kongsikan dengan korang beberapa watak supervillains yang saling tak tumpah macam superheroes!

CRIME SYNDICATE OF AMERICA

The Crime Syndicate ini boleh kata macam Justice League tapi kerja dorang bukan tegakkan kebenaran tapi kerja dorang adalah gunakan superpower dorang untuk jadi pemerintah kuku besi. The Crime Syndicate asalnya tinggal di EarthThree, satu dunia yang mana segala sejarah berbeza dengan sejarah dunia sebenar dan di dalam dunia ini tiada superheroes!

The Crime Syndicate diketuai oleh Ultraman, Owlman, Superwoman, Jonny Quick dan Power Ring. Kalau korang tengok, dorang ini saling tak tumpah macam Superman, Batman, Wonder Woman, Flash dan Green Lantern! Dorang jugak pernah menakluk dunia sebenar selepas dorang mengalahkan Justice League.

BIZARRO

Satu lagi clone Superman dan merupakan watak clone superheroes pertama yang pernah dihasilkan oleh DC. Bizarro pertama kali diperkenalkan pada tahun 1958 pada issue 68 Superboy. Watak ini telah dicipta untuk membuat benda yang berbeza dengan apa yang Superman selalu lakukan.

Selepas dua tahun Bizarro diperkenalkan, DC mengambil keputusan untuk mengembangkan lagi jalan cerita watak ini dengan memberinya dunia sendiri iaitu Bizarro World. Dunia yang berbentuk petak ini bukan saja menempatkan Bizzaro sahaja tetapi turut menjadi tempat tinggal versi Bizarro superheroes lain seperti Batzarro, The World Worst Detective!

THE BATMAN WHO LAUGHS

Antara clone atau gabungan superhero dan supervillain yang aku paling suka adalah versi The Batman Who Laughs. Watak ini merupakan gabungan antara Batman dan The Joker. Watak ini tercipta apabila Batman daripada Earth22 di dalam Dark Multiverse telah membunuh The Joker.

Apabila The Joker mati, badannya telah melepaskan satu toksin yang kemudiannya telah dihidu oleh Batman. Ini membuatkan Batman menjadi gila! Secara ringkasnya watak ini mempunyai pemikiran seperti The Joker yang sukakan chaos tapi mempunyai tubuh badan dan skill berlawan seperti Batman. Kalau korang tengok design dia pun korang boleh nampak betapa awesome-nya watak ini!

KAINE PARKER

Pada tahun 1994, komik Web of Spider isu 119 satu watak SpiderMan baru telah diperkenalkan. Kaine Parker merupakan antara beberapa clone SpiderMan yang telah dicipta oleh supervillain Jackal dan dikatakan merupakan antara clone yang fail kerana mempunyai gangguan mental dan sedikit cacat.

Dia kemudiannya telah dibuang oleh Jackal dan ini membuatkan dia bertambah ganas. Watak ini juga mempunyai beberapa superpower yang lebih hebat berbanding SpiderMan. Antaranya dia mampu untuk melihat masa depan dan sentuhannya yang mana akan membuatkan tubuh badan enemy yang dia sentuh terbakar yang mana dikenali sebagai Mark of Kaine!

KATALAKI: Orang selalu cakap yang dalam dunia ini akan ada enam orang yang muka sama macam kita. Bayangkan salah seorang yang mempunyai muka macam korang sebenarnya seorang penjenayah ataupun seorang pembunuh bersiri!

Last modified: 1 June 2019