Superheroes Muslim Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Sembang

Walaupun kebiasaannya Agama tidak memainkan peranan dalam komik-komik superheroes tapi mempunyai representation yang pelbagai kadangkala membantu pembaca untuk lebih senang untuk relate dengan watak-watak superheroes di dalam komik yang dorang minati.

Lebih-lebih lagi bila watak-watak superheroes ini diadaptasi daripada golongan yang selalu ditindas dan kemudiannya bangkit semula dan dijadikan sebagai role model disebabkan perkara-perkara baik yang dorang lakukan. Jadi sempena bulan Ramadan ini aku nak share dengan korang beberapa watak superheroes Muslim yang terdapat di dalam komik.

MS. MARVEL

Watak yang dicipta oleh G. Willow Wilson, Sana Amanat dan Adrian Alphona ini merupakan seorang superhero berbangsa Pakistani yang bernama Kamala Khan. Dia merupakan watak terbaru yang membawa watak superheroes Ms. Marvel selepas Carol Danvers.

Kamala menggunakan nama Ms. Marvel pada tahun 2013 dan dia mula berminat untuk menjadi superheroes selepas mendengar nasihat daripada imam di masjid yang dia selalu kunjungi. Watak Kamala ini dilihat agak unik dan terdapat beberapa rumors yang mana kemungkinan besar satu movie akan dihasilkan berdasarkan watak ini.

NIGHTRUNNER

Nightrunner merupakan watak yang dicipta oleh David Hine dan Kyle Higgins yang kemudiannya diterbitkan untuk DC Comics. Pertama kali watak Nightrunner diperkenalkan adalah pada tahun 2011 di dalam komik Detective Comics Annual isu 12. Nightrunner merupakan superhero berasal dari Algerian dan menetap di Paris, France.

Nightrunner atau nama sebenar beliau, Bilal Alsselah mempunyai kelebihan parkour dan dia juga telah direkrut oleh Bruce Wayne dan Dick Grayson untuk join Batman Incorporated sebagai Batman of Paris ataupun dipanggil Le Batman Of France. Dekat sini kita ada KeluangmanBatman of Malaysia hehehe!

GREEN LANTERN (SIMON BAZ)

Simon Baz merupakan salah seorang ahli Green Lantern Corps. Watak Simon Baz mula diperkenalkan pada tahun 2012 yang mana melihatkan dia menggantikan watak Hal Jordan iaitu Green Lantern yang sebenar dan ini menjadikan Simon Baz sebagai Green Lantern of Earth yang baru.

Watak Simon Baz telah beberapa kali muncul sebagai cameo di dalam DC Comics seperti komik The New 52 Comic Book Day Special Edition isu 1 sebelum dia dijadikan ahli rasmi Justice League of America pada tahun 2013. Watak Simon Baz sebagai Green Lantern telah menerima pujian daripada peminat-peminat watak superheroes tersebut disebabkan storyline yang dipersembahkan agak menarik dan berbeza dengan Green Lantern, Hal Jordan.

SILVER SCORPION

Watak Silver Scorpion ini aku boleh katakan agak menarik berbanding superheroes sebelum ini kerana bukan sahaja dia seorang Muslim tapi dia juga merupakan superheroes yang kurang upaya. Watak Silver Scorpion merupakan kolaborasi di antara Liquid Comics dan peserta Youth ability Summit 2010.

Silver Scorpion atau nama sebenarnya Bashir Bari telah kehilangan kedua belah kakinya dan menjadi saksi pembunuhan misteri seorang metalsmith. Dia kemudiannya telah diberikan satu superpower yang mana membolehkan dia manipulate besi yang berada berhampirannya dengan hanya menggunakan mindanya. Macam gabungan Prof. X dengan Magneto sikitlah.

DUST

Sooraya Qadir atau lebih dikenali sebagai Dust merupakan salah seorang mutant dan ahli kumpulan XMen. Berasal dari Afghanistan, Sooraya mula mengetahui dia mempunyai kuasa untuk mengawal pasir selepas dia diserang oleh slave trader yang cuba untuk menanggalkan hijab yang sedang dipakai oleh Sooraya.

Selepas dibawa masuk menjadi ahli X-Men, Sooraya menggunakan nama Dust dan dia telah beberapa kali di masukkan dalam beberapa kumpulan X-Men contohnya seperti New X-Men dan Young X-Men yang mana diketuai oleh Cyclops. Dust memilih untuk menggunakan Abaya dan Niqab sebagai costume rasminya. 

KATALAKI: Kita perlukan lagi banyak superheroes dari Malaysia pula!

Last modified: 14 May 2019