Superheroes Yang Berjaya Guna Hammer Thor!

Sembang

By this time mesti korang dah tengok Avengers: Endgame kan? Kalau korang tak tengok lagi aku tak boleh cakap apalah sebab apa yang aku nak cerita hari ini mungkin ada sedikit spoiler untuk Avengers: Endgame sebab hari ini aku nak bercerita tentang Thor punya hammer iaitu Mjolnir!

Dalam Avengers: Infinity War sebelum ini, kita dapat melihat hammer terbaru kepunyaan Thor iaitu Stormbreaker. Berbeza dengan hammer Mjolnir, Stormbreaker boleh digunakan oleh sesiapa saja manakala untuk Mjolnir, hanya orang yang betul-betul layak sahaja dapat menggunakannya. Selain daripada Vision yang pernah guna Thor punya hammer dalam Avengers: Age of Ultron, ada beberapa lagi superheroes yang pernah dan berjaya gunakan Mjolnir, Jom kita tengok siapakah orang-orang yang worthy ini!

CAPTAIN AMERICA

Well macam aku cakap, dalam article ini akan ada spoiler untuk Avengers: Endgame. Bagi korang yang tak tengok Avengers: Endgame lagi, masa scene perlawanan besar antara Avengers dengan Thanos, Captain America telah mengejutkan semua penonton dan juga Thor sendiri apabila dia berjaya menggunakan Mjolnir!

Selain itu terdapat beberapa scene didalam komik yang memperlihatkan Captain America beberapa kali menggunakan Mjolnir. Di dalam movie Avengers: Age of Ultron juga kita dapat melihat Captain America hampir-hampir berjaya mengangkat Mjolnir yang membuatkan Thor terkejut.

BLACK WIDOW

Black Widow mungkin antara beberapa watak dalam Marvel yang underrated namun dalam komik Marvel What If?, Black Widow telah berjaya menggunakan Mjolnir. Dalam series ini, Thor telah mati dan Natasha Romanoff menjadi orang seterusnya yang layak menggunakan Mjolnir.

Beberapa peminat komik Marvel dah speculate yang sebab kenapa Natasha mampu mengangkat hammer Mjolnir adalah dia mempunyai kekuatan yang hampir sama dengan Thor. Tapi aku still sedih dan tak boleh move on yang Black Widow mati dalam Avengers: Endgame!

JANE FOSTER

Semua orang tahu yang Jane Foster merupakan awek kepada Thor. Walaupun dia cuma manusia biasa, tapi korang jangan terkejut sebab dia pun mampu menggunakan Mjolnir. Ini semua dapat dilihat dalam salah satu komik Thor yang terbaru.

Dalam series ini, Mjolnir telah menganggap yang Thor sudah tidak layak untuk menggunakannya dan telah memilih Jane Foster sebagai Thor yang baru. Thor cuba untuk mengambil kembali hammer ini namun give up selepas dia sedar yang Mjolnir telah membuat keputusan yang betul dengan memilih Jane Foster.

SUPERMAN

Aku tahu korang mesti pelik kenapa tiba-tiba ada Superman sedangkan Superman daripada DC Comic dan bukannya Marvel. Well kalau korang nak tahu sebelum ini terdapat satu series comic yang melihatkan watak-watak daripada Marvel dan DC bergabung.

Dan dalam series ini juga kita dapat melihat Superman menggunakan Mjolnir dan Superman boleh dikatakan antara watak DC paling kuat yang pernah menggunakan Mjolnir. Bukan sahaja dia dapat menggunakan Mjolnir, dia juga dilihat menggunakan Captain America punya shield bro!

STORM

Storm merupakan antara ahli X-Men yang paling popular. Kalau dilihat dia lebih kurang macam Thor versi perempuan yang mana dia mampu mengawal cuaca dan mampu mengeluarkan petir. Storm dapat dilihat menggunakan hammer Mjolnir dalam salah satu komik crossover antara Thor dan X-Men.

Dalam siri ini Loki telah memberikan Storm satu hammer yang menyerupai Mjolnir yang dipanggil Stormcaster untuk memusnahkan Thor dan Asgard. Namun Storm tidak mudah tertipu dengan tipu daya Loki dan dia telah menggunakan Mjolnir untuk menghancurkan Stormcaster.

KATALAKI: Deadpool pun pernah guna Mjolnir juga, tapi versi clone punyalah hahaha!

 

Last modified: 1 July 2019