SUV Pertama Rolls-Royce Dah Ada Kat Malaysia

Sembang

Semalam, 24 Januari 2019, Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur secara rasminya mempersembahkan Sport Utility Vehicle atau SUV paling mewah, Cullinan kepada orang ramai. Nah, korang layan dulu gambar Rolls-Royce Cullinan kat bawah ni bagi stim baru kita korek dengan lebih mendalam pasal kereta ni.

Amacam brader? On ke tak on? Agak-agak berapa harga ni? Sabar jap. Untuk pengetahuan korang, Rolls-Royce Cullinan ni merupakan SUV pertama yang dikeluarkan oleh Rolls-Royce. Nama Cullinan ni diambil daripada nama berlian terbesar yang pernah dijumpai kat dunia ni.

Berlian Cullinan

Cullinan ni juga gunakan teknologi Suicide Door. Dah memang trademark kereta-kereta Rolls-Royce la tu kan. Apa benda Suicide Door ni? Kalau kereta biasa, pintu boleh dibuka macam biasa lah. Kalau Suicide Door, pintu untuk penumpang belakang dibuka dari arah depan. Macam gambar bawah ni ha kalau korang tak faham gak.

Cullinan juga merupakan kereta pertama yang dikeluarkan oleh Rolls-Royce yang menggunakan all-wheel drive. Kereta-kereta Rolls-Royce sebelum ni semuanya gunakan rear wheel drive sama ada Ghost, Wraith, Dawn atau Phantom.

Untuk bahagian enjin Cullinan ni pula, dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce V12 turbo berkembar 6.75 liter dengan transmisi lapan kelajuan dan boleh mencecah kelajuan sehingga 250 km/h.

Kalau dah beli kereta mahal macam ni, mesti terasa nak saving duit untuk makan kan? Jangan risau, Thelaki got you covered. KLIK KAT SINI kalau korang nak try Korean BBQ Set + Fried Chicken & Refillable Side Dish untuk 2 orang, korang hanya perlu bayar RM89 je! murah tu weyh

KATALAKI: Rolls-Royce Cullinan berharga RM 1.8 Juta sebelum cukai. Jom kita menabung.

Last modified: 11 September 2019