Tahan 3 Jam – Miyabi Mengamuk!

Sembang

Selasa lepas kecoh bila pelakon popular aksi lasak, Maria Ozawa ditahan di pejabat Imigresen Indonesia di Bali hampir 3 jam apabila pihak Imigresen Indonesia dikatakan menerima panggilan yang Maria Ozawa datang ke Bali untuk buat business terlarang. Maria Ozawa siap mengamuk kat media sosial. Korang boleh baca posting Maria Ozawa kat Instagram @maria.ozawa bawah ni.

Bukan Maria Ozawa je selebriti popular yang pernah ditahan pihak berkuasa sebenarnya. Artikel kali ni aku sediakan antara selebriti-selebriti popular yang pernah buat hal dan ditahan oleh pihak berkuasa.

Bruno Mars

Penyanyi yang dikatakan seakan-akan ada pertalian darah dengan Michael Jackson ni pernah ditahan pada September 2010 di Hard Rock Hotel Vegas atas tuduhan memiliki sejumlah kokain di bilik air hotelnya. Ni gambar mugshot Bruno Mars masa kena tahan. Macam happy semacam je kena tahan.

Nicki Minaj

Sumber : AP

Nicki Minaj yang sekarang tengah sakan bertekak dengan musuh ketatnya, Cardi B, sebenarnya pernah ditahan pihak berkuasa sebelum ni. Kejadian ni berlaku sebelum Nicki Minaj masuk ke kancah populariti pada tahun 2003, Nicki Minaj ditahan sebab memiliki senjata api. Masa ni Nicki Minaj dikenali sebagai Onika Maraj yang bekerja sebagai waitress untuk restoran terkenal Red Lobster. Nah mugshot Nicki Minaj.

John Mayer

Sumber : gq.com

John Mayer pernah ditahan pada Mei 2001 disebabkan memandu menggunakan lesen yang dah digantung. Yang menariknya, pada 2009, John Mayer mencabar TMZ, portal berita online untuk cari dan dedahkan gambar mugshot John Mayer masa ditahan pihak berkuasa. Kalau berjaya, John Mayer akan dermakan $25,000 kepada pusat kebajikan. Pam pam pam. Hasilnya, TMZ berjaya jumpa dan dedahkan gambar mugshot John Mayer. John Mayer dermakan $12,500 kepada dua pusat kebajikan haiwan. Tadaa. 

Shia Lebouf

Sumber : Getty Images

Pelakon yang mula popular dengan filem Transformers ni pernah ditahan pada tahun 2017, disebabkan mabuk di khalayak umum dan berkelakuan tidak senonoh. Menurut polis, Shia Lebouf mengamuk sebab takde orang nak bagi dia rokok. Serius la? Nahh siap ada video masa kena tahan dengan polis.

Wiz Khalifa

Wiz Khalifa yang sangat dikenali dengan gelaran stoner sejati, pernah ditahan pada tahun 2014 di Lapangan Terbang Texas, US, disebabkan memiliki ganja dalam begnya yang dijumpai oleh pihak berkuasa. Wiz Khalifa siap tweet gambar dia dalam jail masa kena tahan.

KATALAKI: Kalau korang terjumpa Maria Ozawa, terasa nak selfie tak?

Last modified: 12 November 2018