Tahan Lasak & Murah! – Ini Rugged Smartphone

Gadget, Tech, ZAP, ZeKool

Dalam masa setahun, setiap bulan syarikat pengeluar smartphone akan muncul dengan model smartphone yang tentunya mempunyai spesifikasi dan ciri-ciri yang terbaharu yang ditawarkan buat para penguna. Ada yang mempunyai features yang lain daripada yang lain, ada juga features yang membuatkan smartphone tersebut tampak lebih mahal dan bergaya.

Dan sudah tentu juga bila kami maksudkan smartphone, apa yang bermain dalam minda semua adalah jenama-jenama seperti Apple, Samsung, Huawei, Oppo, Nokia dan beberapa lagi brand-brand mainstream terdapat dipasaran. Kebanyakan model smartphone jenama-jenama ini juga sudah mula sedikit sebanyak memberikan penguna features tahan lasak seperti water resistant, waterproof dan sebagainya. Namun ianya masih lagi smartphone yang harus dijaga dengan betul dan elok. Ini boleh dikatakan sebagai lifestyle smartphone.

What if kalau korang perlukan sebuah smartphone yang dapat menahan pelbagai jenis lasak. Bila kami katakan lasak, ianya bermaksud korang boleh bawa ke hiking, masuk hutan, mountain climbing, dan lakukan bermacam-macam jenis aktiviti tanpa perlu risau tentang keadaan smartphone tersebut.

Kebanyakan modern atau lifestyle smartphone seperti iPhone, Note, Nokia series mungkin tidak dapat menahan kotoran, habuk, air mahupun suhu yang melampau dan mampu terdedah dengan punca kerosakan jika tidak dijaga dengan baik. Harini kami nak perkenalkan dan kongsikan korang dengan tentang rugged phone.

APA ITU RUGGED PHONE?

Rugged membawa maksud “mampu menahan kesusahan, tekanan, atau pendedahan yang lasak” dan inilah juga antara biggest selling point untuk rugged smartphone.  

Secara basicnya yang kami boleh terangkan, rugged phone ini adalah sejenis smartphone yang mengunakan peranti Android sama seperti model smartphone yang terdapat dipasaran, cuma keunikan tentang rugged phone ini adalah ianya mempunyai build quality yang mampu menahan pelbagai jenis lasak.

Bila kami katakan lasak, bukan hanya lasak seperti menahan pelbagai jenis kerosakan seperti air dan debu, impak ke permukaan yang keras dan dapat menahan suhu yang melampau yang kebiasaan smartphone biasa tidak mampu lakukan.

BOLEH TAHAN PECAH

Dapat menahan pelbagai jenis lasak adalah keunikan dan kelebihan yang ada pada rugged phone ini, ianya adalah sejenis smartphone yang khusus untuk mereka yang sering melakukan aktiviti-aktiviti yang lasak. Salah satu sebab kenapa rugged phone ini diperbuat dengan features ini adalah kerana ianya mengunakan bahan-bahan military grade spec seperti body yang diperbuat daripada besi yang boleh bertahan daripada sebarang impak (bergantung juga pada jenis model rugged phone).

Kebanyakan rugged phone juga akan dilengkap dengan skrin super tough yang diperbuat daripada Corning Gorilla Glass yang dapat menahan terhadap sebarang kejutan impak dan calar. Jadi sesiapa yang mengunakan rugged phone ini tak perlu risau untuk memakai tempered glass atau apa saja jenis screen protector mahupun casing. Senang cerita, rugged phone ini memang selamat daripada apa saja jenis sebarang calar ataupun impak.

Di bahagian hardware untuk rugged phone ini pula ianya didatangkan dengan basic hardware yang sama setanding dengan smartphone yang sedia ada. Malah, terdapat juga rugged phone yang mempunyai hardware graphic dan processor yang mantap. Jadi ianya bergantung kepada spec yang macam mana korang inginkan untuk rugged phone korang.

BATERI TAHAN SAMPAI LUSA

Disebabkan rugged phone ini diperbuat untuk kegunaan lasak, maka salah satu ciri-ciri yang terdapat pada rugged phone ini juga adalah kebanyakan rugged phone didatangkan dengan kapasiti bateri yang lebih tinggi daripada smartphone komersial. Selalunya kapasiti rugged phone dilengkapkan dengan 4,000mAh ke atas yang dapat memberikan standby time yang lebih lama.

Menurut seorang sahabat saya yang telah pun memiliki sebuah rugged phone yang didatangkan dengan bateri kapasiti sebesar 8,000mAh, beliau telah mengunakan rugged phone tersebut selama sehari dengan pengunaan kebiasaan seperti membuat panggilan, menonton video, permain game dan pada waktu malam phone tersebut masih lagi berbekal sebanyak 50% bateri . Menurut beliau, rugged phone ini sesuai untuk dibawa ke kawasan-kawasan yang sukar untuk mendapatkan bekalan tenaga seperti camping dan sebagainya.

TAHAN LASAK GILA BABS!

Kebanyakan pengeluar rugged phone akan menunjukkan bagaimana model rugged phone mereka dapat menahan pelbagai jenis lasak dalam video-video violent test yang dilakukan. Ada sesetengah yang akan menaman dalam tanah, pasir, lumpur mahupun simen, tak lupa juga dengan suhu yang terlampau panas dan suhu yang sejuk. Ada sesetengah model rugged phone yang boleh digoreng dengan minyak panas, dan phone tersebut masih lagi boleh digunakan.

HARGA MURAH HUMBLE!

Walaupun features rugged phone ni kebal dan tahan lasak, namun bila cerita bab harga pula ianya tidak lah semahal yang disangkakan. Kebanyakan model rugged phone ini adalah daripada pengeluar China kalau diikutkan harga, price range paling murah untuk sebuah unit rugged phone boleh dibeli dengan harga mampu milik iaitu dalam RM500 kebawah bergantung pada jenis spec.  

Tak dinafikan juga ada je rugged phone yang berharga lebih mahal seperti dalam sekitar price range RM1,200 keatas dengan spec yang jauh lebih memuaskan seperti processor, ram, space capacity dan kapasiti bateri yang lebih tinggi. Jadi bergantung kepada pembeli yang mahupun spec bagaimana untuk rugged phone, untuk kegunaan yang lebih basic rasanya rugged phone sekitar RM500 untuk sudah lebih elok dan berbaloi untuk dibeli.

Walaupun kebanyakan rugged phone ini diperbuat daripada negara China, tetapi jenama-jenama rugged phone juga tidak kurang hebatnya. Jenama-jenama yang boleh dipercayai ataupun branded seangkatan dengannya adalah jenama seperti Blackview, Doogee, Ulefone, Unihertz, dan Oukitel. Kebanyakan jenama ini mempunyai range rugged phone yang lebih banyak dengan harga yang lebih murah dan juga jauh lebih mahal bergantung pada spec yang ditawarkan.

Apa yang kami boleh rumuskan adalah rugged phone ini lebih sesuai untuk penguna yang sering melakukan aktiviti outdoor, ianya juga sesuai sebagai backup phone oleh kerana kapasiti bateri yang jauh lebih tinggi berbanding smartphone komersial. Rugged phone ni jugak memang sesuai untuk parents yang ada anak-anak kecil yang selalu bagi anak mereka main video atau games sebab tak perlu risau jika phone ni dicampak atau terjatuh. Betul tak?

KATALAKI: Ada sesetengah rugged phone tu bateri tahan sampai lusa woii

Last modified: 7 July 2020